Wednesday, August 11, 2010

Register.Skolah.Arep

Isnin lepas, 9 August 2010 aku ke Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri utk mendaftarkan tempat utk sessi persekolahan Arif Iskandar bg tahun 2013...

masa kat rumah, kemain happy si Arep nak ke Sekolah, tak nyempat2 nak ke Sekolah...


lepas ambil Pass Pelawat, kami terus ke Pejabat Sekolah, berjumpa dengan kakitangan di kaunter Pejabat..


"sekarang Encik dah tak boleh mendaftar direct macam ni dah yaa.. En kena mendaftar OnLine dulu, lepas tu print borang OnLine tu, dan bawak ke sini beserta dengan dokumen2 yg diperlukan utk pendaftaran.." terang akak kaunter tu..

"laaaa, tak boleh daftar dgn isi borang macam dulu lagi ke Kak..? leceh la yaa..." balas aku...

"apa boleh buat, Kementerian Pendidikan yg suruh buat.. ikut je la Dik oiii.." kata Akak tu...

dan balik la aku ke rumah dgn hampa... kena register onLine dulu yaaaa... tahun depan baru boleh register.. dari bulan 2 ke bulan 5 sahaja... hishhhh