Wednesday, November 16, 2011

Haji 1432H.Jeddah 1

Hmmmm mlm tadi aku demam teruk.. sejuk meggigil aku
Batuk pun agak kuat gak… sampai sakit dada aKU asal batuk
2 kali percubaan utk ke klinik TH di Hotel Shobra buat pemeriksaan tapi gagal
Jemaah yg demam dan sakit terlalu ramai
La la aku beli je panadol kat pharmacy, makan dan tidur dlm keadaan menggigil…

Esoknya, Hj Amin bgtau yg aku dah kena ke Jeddah lepas sembahyang jumaat
Lebih kurang jam 3 ptg.. belah pg aku tolong buat susunan bilik di Jeddah utk KT78 dan KT88
Lepas sembahyang Jumaat aku bergegas ke Hilton utk mencari jam…
Cari jam..? ha ah, Al Fajr aku dah hahbis bateri masa di Mina lagi
Makanya aku jadi kelam kabut sket, sebab asal tgk tangan, takde masa tunjuk jam berapa..
Di Hilton lak, dekat 8 buah kedai jam aku masuk sumer Cuma jual jam je
Takde satu pun yg tukar bateri, sumer jenis tahu jual jam je, hampehhhh

La la, pusing2 punya pusing, aku jumpa jam ni, Casio Prayer Time model QW-1044
Tawar punya tawar, dapat SR200 je.. lebih kurang RM168.00… bezanya jam ni dgn jam Al-Fajr
Yg aku ada la nit u ialah jam ni ada penunjuk qiblat… cun gak…

Casio Prayer Compass QW-1044
dlm jam 3 tu aku, Hj Amin, Hj Moktar, Hj Fauzi dan Samhaji bergerak terus ke Jeddah… Kami check-in di Hotel Grand Saha, bilik 431, bilik operasi THTS di Jeddah ni… kemudiannya belah petang sket dlm sebelum maghrib tu, aku follow diorang ke Madinatul Hujjaz, pusat Tabung Haji di Jeddah ni, dimana Jemaah Muasasah ditempatkan sebelum balik ke tanahair..
luas tempatnya.. semua yg belah bawah ialah office, klinik, puast tiket, pusat timbang barang, surau, dewan makan dan lain2.. belah tingkat 1 ke atas ialah bilik jemaah semacam asrama… ni la first time aku sampai ke tempat ni… dan byk yg aku belajar pasal jemaah muasasah dah…
ni pula dari sebelah kiri aku.. mmg luas tempatnya… jemaah yg dah ada ialah jemaah dari KT01 dan KT02 (baru je sampai) KT01 dah nak berangkat pulang ke Malaysia dah tu.. senyum2 je Pakcik Makcik tu.. suka je muka memasing… yg jemaah KT02 lak terasa jeles sebab esok baru balik.. muahahhaaaa
sebilik adalah dlm 20 orang rasanya.. katil dua tingkat.. bayangkan cammana Pakcik2 atau Makcik2 yg dah tua tu nak panjat naik tidur belah atas katil tu.. hmmmmm
bilik mandi pun kongsi ramai2… tapi bersih…
dewan makan.. boleh releks2 minum2 sambil hirup udara angin malam Jeddah… kebetulan aku ternampak klinik maktab malaysia kat situ.. tros aku check-up… fullamak, 39.2 darjah celcius… doktor siap nak tahan aku dah.. tapi aku kena balik ke Hotel sebab ada byk kerja lagi nak kena buat.. makanya Dr bg aku ubat demam, altibiotic, dan ubat tekak… balik mlm tu, kasi makan Nasi Mandey Ikan Goreng dulu, makan ubat dan terus tidur…
hmmm, kalau dah di Jeddah ni, makan mmg meriah…  Alhamdulillah pg ni aku bgn dgn badan yg fresh, tapi tekak masih lagi perit…  minum air kosong sebotol dua, dan makan ubat.. tgh hari, nasi mandey ikan goreng + ayam lagi… wallaaaaaa
tgh hari tu, aku ikut Sam pergi hantar sekumpulan 2 keluarga jemaah THTS balik ke Madinatul Hujjaz… lepas tu balik Hotel.. dan mlm tu kami jalan2 ke Balad @ Corniche.. minum jap sementara tunggu kedai buka lepas waktu isya’
dgn Pak Su Sheikh Hj Fauzi… kelakar Hj ni… manjang gelak je aku kalau dekat dgn dia…
gerai jual kebab ayam atau daging yg paling laku.. tak menang tgn diorang ni…
wooh, besar rupanya kawasan Shopping di Ballad ni… aku ingat kat Shopping Complex Corniche tu je
tu dia kedai apa ja SR5 atau SR10.. puas jalan2 kami layan bakso dulu baru balik hotel dan tido
esoknya waktu balik dari beli Sandwich, naaahh nko.. ada sebuah Chevrolet Camaro yg version r/x tu.. 5.7L V8 beb… Bumblebee Transformer tu… biasa aku nampak kat Jeddah ni yg version biasa 3.8L V6… yg ni mmg buat aku berhenti dan belek laa.. parking betul2 depan hotel tempat aku ni.. ownernya, pak arab muda je.. jeles betul aku…
mmg cun giler la weeeiiii… dia punya bunyi mmg kalah suara Siti Nurhaliza tu.. fuuhhhh
tgh hari, aku ikut Samhaji dan hj Amin ke Pusat IT di Jeddah ni, semacam Low Yat laa.. beli barang2 IT keperluan office Jeddah ni.. lepas tu layan makan tgh hari di salah sebuah restoran Indonesia kat sini yg namanya agak unik
Hj Amin layan Sup Kaki Kambin… aku tak layan, sebab tak tertelan aku weh
lauknya pula ada telor rebus, su un, mee goreng, sayur apa ntah dan apa ntah tu
berselera sungguh Hj Amin
sementara aku, takde lain yg aku cari.. kalau dah di restoran indonesia tu, mmg makanan fav aku dgn Abg Kamal kalau di Malaysia laaa.. Nasi Putih + Sate Kambing 10 cucuk.. sedap weeeiiii
dan nama restorannya, Rumah Makan Putera Malang.. muahahhahahahaaaaaaaaaaaa
petang macam biasa, menghantar jemaah Runcit balik lagi… dan menyambut sekeluarga lagi jemaah Nilam yg baru tiba… lepas tu layan Al Baik…
ni la first time aku makan Al-Baik kat sini.. mmg betulla sedap.. kalah KFC dia punya rasa.. daging ayamnya cukup lembut walau dah sejuk… masak slow katanya
hmm tau tau dah habis dah
bila dah habis makan, masin2 kekenyangan laaa…
esoknya lagi, waktu tgh hari makan nasi mandey lagi... “makan dulu, kita ada kerja sibuk ptg ni…”
tu dia, ikan goreng garing….
makan, jangan tak makan….
lepas makan kemas… dan bersiap utk ke International airport, jeddah
Sanusi, mmg cekap giler bawak GMC yg besar gedabak tu.. mencilok macam bawak kancil je
Helmi… mmg cemerlang  orang kuat pakej mahal ni
Jeddah Saudi Airport
haaaa tu dia, jemaah runcit pakej nilam dah sampai.. kecoh dibuatnya..
waktu nak check-in barang… pun kecoh
dan sebahadian staff kena check-in barang utk jemaah Pakej Almaas… jemaahnya tak sampai lagi… barang je yg dah sampai dulu
jemaah pakej almaas.. tak yg susah2 angkat barang.. petugas THTS yg handle semuanya… angkat beg kecik je… sedang diberikan taklimat sebelum berlepas
Bila Pakej Almaas dah masuk check-in barula kami dapat menarik nafas legaaaaaaaaaaa
Hj Firdaus (kanan sekali) yg paling happy…
Hj Amin dan aku pula, macam biasala, releks jeeee
lepas tu makaaaannn.. Big Boss Hj Bad selaku Ketua bg Petugas Pakej Almaas belanja makan di Restoran Asia… makan masakan Indonesia…
tgk je la Hj Firdaus ni…
utk aku, belasah je laaaaaaaa
antara lauk2 yg dah sampai
antara lauk2 yg dah selesai… masya-Allah cepatnyaaaaa
lepas makan borak2, minum2.. dan bincang2 atau post mortem berkenaan aktiviti keberangkatan Pakej Almaas dan sebahagian Pakej Nilam tadi.. kesimpulannya mudah je “Orang yg dah kaya mmg tak byk masalah dan mmg pandai berlagak macam orang kaya, tapi Orang yg baru nak kaya, byk cikadaknya dan belum pandai lagi nak berlagak macam orang kaya…” eii, apadaaaaaaaaaa…..

Mlm tu sampai2 bilik Hotel, makan ubat dan aku tidur dlm keadaan kekenyangan.. Alhamdulillah Syukur pada Rezeki dan Nikmat yg Allah berikan