Tuesday, November 29, 2011

Haji 1432H.Jeddah 3

Jemaah KT40 akan menyusul malam nanti….
Alhamdulillah.. ni KT last yg berlepas dari Jeddah datang dari Mekah
Lepas ni tinggal KT78 dan KT88 yg akan berlepas dari Jeddah datang dari Madinah

hmm bila 2 GMC ni dah sampai, makanya adalah pegawai atasan THTS sampai…
Jemaah dijangka tiba dlm dekat2 tengah malam…
pagi tu aku folo geng THTS ke Madinatul Hujjaj… beg jemaah KT40 dah tersedia menunggu…
pagi tu, aku sarapan sandwich ni je.. namanya lebih kurang Tamiya laaa… isi daging… kulit lebih kurang kebab laaa.. dan rangup.. mmg sedap beb…SR3 sahaja…. Alhamdulillah
hmmm Jeddah dari view bilik 431 Hotel Grand Saha waktu pagi
ni dari belah lagi satu… kalau tengok betul2, kat hujung sana tu Laut Merah.. airnya biru gak.. nama je Laut Merah..
haaaaaaaaaaaaaa, ingat tak Hang Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu…? Kat Jedah ni sesat lak sorang lagi.. Hang Ten.. muahahahaaa… ni salah satu jenama baju T-Shirt yg agak terkenal kat sini… salah sorang petugas, Hj Jazmi beli baju ni mlm tadi di Cornish.. sedap pakai katanya
alih2 aku terima panggila utk balik ke Mekah segera utk mengikuti Bas KT40 yg akan bergerak ke Jeddah petang nanti.. sebab passport aku ada bersama Bas KT40 no 10.. Alhamdulillah.. suka giler aku.. kebetulan pula Hj Zul dan Hj Shamsul cameraman baru tiba dgn GMC Hj Sahrani, terus aku tumpang GMC Hj Sahrani yg hendak balik ke Mekah…
tu dia, menara jam terbesar di belah sini.. dari jauh dah nampak dah.. bila waktu sembahyang tiba, hujung atas tu akan berkelip dan boleh nampak dari jauh
semakin dekat.. bawah menara jam ni Masjidil Haram laaa…. Ngam2 3:54pm aku sampai di depan Hotel Shobra… Bas dah menanti, aku semak senarai nama, tunaikan sembahyang asar dulu di Lobi Hotel dan terus masuk ke dalam bas.. jam 4:07 ptg Bas pun bertolak ke Jeddah… yahooooo, suka giler aku sebab Passport aku dah ada…
mlm tu kami bawa jemaah KT40 ke Madinatul Hujjaj utk proses timbang beg… kelihatan gerai2 menjual makan, minum dan cenderahati utk dibawa pulang..
jemaah Muasasah pun sedang rileks2 je sambil menonton TV yang disediakan
ada juga yg melepak diserambi Asrama dan kaki lima asrama

Esoknya jemaah akan naik Bas utk ke Terminal Haji Jeddah sebelum pulang ke Tanah Air
haaa, ni pula Nissan apa ntah namanya.. SUV yg hampir sama besarnya dgn GMC.. V8 beb.. owner Hotel Grand Saha ni yg punya…. Mmg cun bunyi growling V8 tu.. uhhhh geram geraammmmm
sementara menunggu jemaah turun, pemandu bas sempat tidur dlm tempat simpan barang bawah Bas.. muahahaaa
di Terminal Haji Jeddah, jemaah beratur utk ambil passport dan boarding pass
semakin ramai yg tiba dari Hotel2 lain utk KT40 ni
ada juga yg memeriksa barang2
ada juga yg rileks je duduk duduk
lepas 3 jam, jemaah Malaysia KT40 dipanggil utk Check-In di Gate No 2….
masing2 senyum je, dah nak balik la katakan… flight pun on schedule
dah hampir tiba dah ke Gate No 2
beratur utk check-in.. kami tak dibenarkan masuk dah..
tunggu diluar je utk memastikan semua jemaah dah masuk.. bersama Ketua Operasi Jeddah, Hj Moktar
bendera Malaysia
OK, dah takde dah jemaah yg tinggal
dari kiri, Hj Moktar, Hj Fazli, Hj Fauzi dan Ibrahim.. Ibrahim tu Hafiz tu… selamba je… bertugas utk Pakej Almaas sahaja
”betul ya dah takde jemaah lain..” dah habis memeriksa, kami pun balik ke Hotel dan tidur.. jam dah tunjuk hampir 4 pagi dah.. punyala penat dan mengantuk
tgh hari tu, on the way berjalan ke Masjid, nampak Evo 10.. apalagos ambil gambar laaa…
mmg cun weh
Hj Azleen pun nak bergaya gak dgn Evo 10
tu dia, original Evo 10
ni pula Hyundai Sonata.. byk nampak di Malaysia, cumanya yg sama dgn di malaysia tu tu jadi teksi je kat sini… yg ni versi 3.0 V6.. confirm takde di Malaysia… besar beb.. camry 2.4 tu pun jadi teksi je kat sini.
tgh hari Sabtu lak aku follow Hj Ismail dan Ustaz yg akan balik ke Balad…
nasib baik Hj Afandy ada kereta utk kemana.. mudah sket
dah hari2 Nasi Mandey, sekali dapat makan makanan Thai, terus habis dah.. baru sempat ambil gambar.. buurpppp

Selang 2 hari, jemaah KT78 pula check-in dari madinah… KT bermasalah sejak dari Madinah lagi… macam2 hal dan cerita dah dengar… komplen mmg byk.. bukan semua, tapi sebahagian sahaja… Ingat tak apa yg aku cakap pasal “yg mmg dah kaya memang releks je, yg baru nak kaya, byk betul komplennya… semua tak betul itu dan ini…

Dan pasal tu la KT78 ni yg asalnya OK, tiba2 flight delay sehari dan di hari berlepas delay lagi 2 jam… mmg teruk kami kena marah dan komplen dari jemaah KT ni.. yg berlagak tu jgn cerita laa… yg penting diri sendiri pun ada.. dan yg paling best, ramai yg redha dengan ketentuanNYA… Alhamdulillah
di lobi Hotel .. ada yg dah tak senyum dah dengan kami…
bas pun dah menunggu
makanan sedang diagihkan.. Alhamdulillah jam 9:30am, bas bertolak ke Terminal Haji Jeddah…
aku dan Hj Amin, terus balik ke Mekah utk menunaikan tawaf Wida’ aku.. sebab aku dah nak balik dgn KT88 dah yg akan tiba lusa nie… Insya-Allah