Saturday, November 12, 2011

Haji 1432H.Korban

Ahhhaaaaah, pagi ni, aku bertugas membantu Team Korban pergi menyelesaikan ibadah korban bg Jemaah2 Haji THTS di Pusat Penyembelihan di Karkiah @ Kak Kiah, nama yg dipanggil oleh Petugas Haji.. seawal jam 5:30am lagi kami dah berkumpual dihadapan Hotel Shobra utk kesana…

tu dia barisan Unta yg menanti utk dikorbankan
kelihatan juga para pengembala unta… Syawal mesti ada ni, sebab Ahmad Albab ada.. muahahahaaaa
kambing dari perlbagai jenis juga dah menanti utk dikorbankan…
pengembala akan berjalan mencari pelanggan…
sampai2 je, kami pakai kasut getah Phua Chu Khang tu, apron plastik Pasar Selayang, dan face mask…
di depan pusat sembelih unta
byk betul unta di sini
Hj Nasrol pun dah ready dah
kambing dari baka apa ntah.. lain macam je bentuknya
dlm byk2 unta, unta ni la yg paling hensem sekali… warna putih tu.. kira semacam unta Europe laaaa.. perghhhhhh
hah, aKU membantu pada bahagian penyembelihan Kambing Korban.. ada sebanyak lebih kurang 1700 ekor kambing utk dikorbankan…

Tgk sekumpulan kambing2 yg dah sedia utk dikorbankan

dan nama perlu dibaca satu persatu sebelum kami menjerit “Bismmillahi Allah huakbar”, baru laaa tukang sembelih akan menyembelih kambin tersebut



lepas sembelih, kambing akan disangkut pada conveyour dan tugas2 menanggalkan kulit, memotong dan mengagihkan akan bermula
Hj Maskor sedang membaca nama jemaah yg menyertai program korban tahun 1432H
para pekerja sibuk dgn tugasan masing2
Hj Zul seedang membuat semakan senarai nama2 yg telah dibaca…
anak tokeh tempat ni, pun sama2 membantu menyembelih kambing…
sebelah bahagian pemprosesan kambing tu, ialah bahagian proses daging unta… sama gak, tanggal kulit, buang isi perut, potong daging, agihan



daging unta on the way selepas disembelih utk diproses seterusnya

daging kambing sedang disangkut utk diproses
tukang cucui sentiasa menjaga kebersihan tempat sembelihan
kawasan sembelih Unta
bahagian pemproses awal daging Unta…
Hj Haruji ditugaskan utk membaca nama2 jemaah yg terlibat dlm program Korban unta.. diperhatikan oleh Hj Jazmi… ambil gambar je di sini
barisan daging unta sedia utk diproses seterusnya
”haaa tal taalll…” masuk sekor unta yg lain pun ikutla masuk

OK unta dah masuk dah
proses korban akan bermula.. waktu ni Hj Haruji sedang membacakan nama2 jemaah bg setiap ekor Unta utk dikorbankan
dan Unta2 selepas disembelih korban

Aktiviti habis sekitar jam 8mlm.. punyala penat aku…. 

eh, tapi takde ke video macammana unta disembelih..?
adaaaaaaaaaaaa

tgk nie...

dan ini


memang terrer tukang sembelih dari Mesir ni.. cekap

ps - ada sahabat yang dah tgk video ni katanya "tak ngeri"... muahahahaaaa mmg la tak ngeri.. biarla yg ngeri2 tu jadi habuan mata kami yg bertugas di sini sahaja... mmg loya tekak woooo.. tukang sembelih pun letak minyak balsam harimau kat hidung dan dahi.. siap ada yg muntah atau semacam tercekik tu... kalau semua nak tunjuk, tak best la jadinya.. muahahahahahahhaaaaaa