Saturday, November 12, 2011

Haji 1432H.Mina

Haaaa, seperti yg aku beritahu sebelum ni, bahawa petugas mmg tidak singgah di Muzdalifah tapi terus ke Mina.. Dan pada tahun ini pula hanya sebahagian dari bas Jemaah haji THTS yg sempat tiba di Muzdalifah… separuh lagi terkandas sebab ada kemalangan jalanraya yg melibatkan bas bukan Jemaah Malaysia.. hasilnya jalan kena tutup dan semua bas shuttle dari Arafah ke Muzdalifah tak boleh jalan… bila dah boleh jalan, separuh bas tersebut hanya lalu sekejap sahaj di Muzdalifah sekadar utk berada disana seketika sebelum menyambung perjalanan terus ke khemah Jemaah di Mina…

 

sementara di Mina pula siangnya tu, sampai2 je kami petugas THTS terus diberikan taklimat oleh Hj Moktar tentang apa yg perlu dibuat sebelum Jemaah THTS sampai mlm nanti

Orang kuat THTS, Zul dan Zul… Ameng pun tak kurangnya selaku bahagian Alokasi

Hj Moktar sedang memberikan taklimat persiapan akhir

sementara Hj Zainal dah tak sabar2 nak makan dah… “lapar beb”…. muahahahahaaaa

ramai dha berlenggeng dah… sedikit panas tahun ni

macam biasa, jika tiada keperluan pada bahagian GPS, aku akan tolong Team Maktab 100 didalam urusan menyambut jemaah,,, lead by Hj Awi dan Hj Hidam

”bila diorang ni nak habis bincang”

”woi, cepat sket bincang tu.. kerja tak jalan lagi ni…” haaa, kan chip dah marah dah

bincang lagi.. kali ni strategi siapa nak pergi melontar dulu… sebab separuh kena tinggal kot jemaah tiba2 sampai lak.. dijangka dlm jam 11:30mlm bas pertama akan mula bergerak dari Muzdalifah ke Mina.. makanya anytime boleh sampai dah

”laaaaa tak habis bincangnya lagi ni…”

aku membantu di bahagian memasang label THTS bersama bebudak Rencham lain… lepas tu membantu memasang tirai bagi tandas wanita pula…

ngam2 habis, makanan pun sampai.. macam biasa nasi mandeeeeeeeeeeeyyyyyyyyyy ayam.. yummyyyyyyyyy

khemah di Mina sunyi sepi jemaah belum sampai

tilam pun dah disemak numberingnya sekali lagi…

peti ais utk simpanan air pun dah ready

”aik, air pana tak ready lagi…” kelam kabut la bg tau Hj Fauzi selaku Chip utilities di sini

haaaa, khemah petugas.. karpet je… lain takdak.. tido je la atas karpet tu.. dah nama pun petugas.. jemaah first

rehat kejap lepas makan

tiba2 ada panggilan dari Hj Amin, “Shah datang Pejabat Operasi cepat.. GPS nak kena ON ni. Almaas dan Zamrud dah nak jalan dah..”

”jangan risau Hj Amin, semuanya dicover dgn baek..”

selesai di bahagian GPS, aku, Hj Amin, Hj Zul, Hj Zul, Pak Ya terus bergegas menyelsaikan urusan melontar Jamrah Aqabah kami utk bertahalul

keadaan di Jamrah… belum ramai jemaah sampai lagi

habis melontar, terus balik ke khemah.. rupanya dah ada 6 buah bas jemaah dah sampai.. terus mandi, bersiap dgn baju petugas arafah/mina warna merah dan membantu Hj Awi, Hj Hidam dan lain2 menyambut jemaah di Maktab 100

Hj Azreen @ Adik mmg happy je, walau jam dah tunjuk jam 3 pagi

jam 4:30 pagi, dah mula layu kepenatan dah. Masih ada separuh lagi belum sampai ni

keadaan khemah dah mula sesak dengan jemaah.. ada yg cari tandas, ada yg sesat tak tahu khemah dimana.. macam laaa…

geng rencham memang rajin membantu… last bas tiba di khemah Mina utk jemaah THTS adalah pada jam 11:15 pagi…  giler penat weh… dan keadaan jemaah mmg kesian.. penat sungguh dok tunggu bas.. lepas habis jemaah sampai, apalagos, tidur la kejap…

mlm tu aKU membantu Hj Yus di Maktab 100 mengiringi jemaah Hotel Haneen pergi melontar pula.. aku ditugaskan utk membantu jemaah uzur dibahagian belakang.. ada 2 keluarga… makanya slow je la aku jalan… jalan macam orang kahwin.. releks jee… takde hal. Janji jemaah puas hati

para jemaah THTS Maktab 100 Hotel Haneen Hj Yus dah mula bergerak dah.. Hj Jazmi, kena jadi jurukamera di Mina ni… sebab jurukamera asal hanya menembak gambar utk jemaah Almaas dan Zamrud je… cayalah Jazmi… nasib baik Hj Jazmi bawak digital SLRnya… senyum je laaa

sampai2 di Jamrah Aqabah, jemaah Malaysia THTS lain dah lama habis melontar dah…

keluarga pertama yg aku iringi… kesian makcik tu sebab bertongkat berjalan.. slow je

keluarga ke-2 yg aku iringi. Lagi slow jalanya… makcik tu dah tak berapa larat tapi dia nak pergi melontar Jamrah Aqabah ni juga sebab nak tengok Jamarah katanya… yg lagi kesian Makcik ni sepatutnya datang Haji ni dgn suaminya.. dah suka2 dah.. dah pergi kursus… alih2 bulam May hari tu, suami Makcik ni meninggal dunia.. makanya Makcik ni dtg dgn anak perempuan dia je… orang Gemas, N9… sambil jalan tu Makcik tu minta keberana utk memegang lengan aKU utk membantu Makcik tu berjalan… aku tak kesah.. kesiannya sebab Makcik tu mula menangis bila berjalan pegang lengan aku…  “teringatkan awah abah” kata anaknya… dan aKU “eh, aku pun menangis sket sebab terus teringatkan Mak dan Ayah aku di Malaysia nun… Insya-Allah aku akan bawa diorang datang menunaikan ibadah Haji ini, Insya-Allah… ya Allah, kau berikanla aKU kesempatan itu ya Allah… kau berikanlah kesihatan tubuh badan yg baik kepada ke dua orang tua ibu bapaku dan kau murahkanlah dan mudahkan rezekiku agar aku dapat membawa mereka menunaikan Ibadah Haji di Bumi Bertuah dan penuh RahmatMU ini ya Allah.. Amin

slow2 jalan balik

keadaan di luar jamrah pun masih sesak

ramai juga yg tidur di tepi bangunan Jamrah ni

di dalam terowong pun dah tak sesak dah.. dan Alhamdulillah dlm jam 11:15mlm baru aku sampai ke khemah jemaah THTS balik dgn Makcik tu.. habis aku kena cium kiri dan kanan dek Makcik2 yg aku iringi tu.. bangga beb.. dapat tolong jemaah uzur…

esoknya, aku, Hj Amin dan Hj Mukhallis panjat bukit depan khemah kami tu utk kutip batu

tu dia khemah jemaah hajji Malaysia di Mina termasuk khemah Jemaah Haji THTS, Muasasah, dan Pakej Swasta lain seperti Rayha Andalusia, Yaskin, Felcra, dan lain lain laaa

Hj Mukhallis.. dulu petugas THTS gak, la ni dah keluar dan buat bisness sendiri bawa jemaah Haji ke Mekah

dibelakangKU khemah2 jemaah Malaysia di Mina

bukit depan khemah… yg paling atas tu kebanyakkannya jemaah Afghanistan… dah biasa dah diorang duduk kat bukit2 batu ni.. bila malam, diorang akan BBQ kambing.. selamba je bawak kambing kat belakang badan waktu panjat bukit tu

jemaah lain pun ada gak.. berkhemah je

byk kan khemahnya.. ni baru sepertiga je ni

issssk, dgn Hj Mukhallis lagi

amacam..?

aik nampak pendek la pulak.. sebab jalan tu menurun tu… muahahahahaaaaaa

bersama Hj Jazmi

haaaaa, baru la dapat kumpul sama2 makan di khemah.. kalau tak masin2 bertugas.. makan pun tak berapa sempat

”wooh, cun ni…”

mlm kedua, sekali lagi aku membantu Hj Yus di maktab 100 Hotel Haneen, mengiringi jemaah ke tempat melontar bg mlm pertama utk ketiga2 jamrah…

semua dah ready dan bersemangat dah…

”GPS nko dah OK Shah…?” “daahhhh, baru kejap tadi Off.. Almaas pun dah sampai Mekah balik, OK laaa.. takde komplen lagi..”

huh, Adik lagi… mmg happy je Adik ni.. dan sekali lagi, mlm ni aku bertugas membawa jemaah uzur ke tempat melontar.. kalau semalam 4 jam baru sampai khemah, hari ni Cuma 3 jam 45 minit je baru sampai.. muahahahahaa.. tapi aku puas hati bila melihat wajah jemaah yg ceria dan happy tu..

lupa lak, tugas lain aku sewaktu di Mina.. memotong rambut petugas.. kebetulan aku ada beli mesin potong rambut di mekah hari tu.. mmg maksimum guna la kat Mina nie… ni Hj Nasrol.. Haji pertama ni weh utk Hj Nasrol… cayalah…

esoknya, aku kena buat Nafar Awal balik ke Mekah… atas urusan membantu geng Korban di Mekah selain mengiringi jemaah THTS ke Mekah bg yg akan membuat Nafar Awal juga… bersama Pak Ya.. dah macam Lebai Arab dah…

antara Petugas lain yg turut serta…

para jemaah pun dah ready

sebelum berangkat, Ustaz Razak memberikan penerangan berkenaan perjalanan Nafar Awal ni nanti

di terowong berdekata Mina menghala ke Mekah selepas melontar.. separuh dari jemaah di bahagian belakang bersama Ustaz Razak berpatah balik ke khemah…

tinggal yg ni je yg terpaksa balik atas alasan uzur wanita yg hampir tiba

hah, tgk tu, Adik… mmg berposing habis

OK kita sambung lagi jalan

di pertengahan jalan ke Mekah…

satu lagi terowong

rehat jap dlm terowong ke3

jemaah negara lain mmg ramai yg buat Nafar Awal ni…

Hj Nasrol, sepanjang jalan membaca buku Do’a.. nak perfect katanya… cayalah Hj Nasrol

di Bukit ni, terpaksa membuat lencongan utk turun ke bahagian bawah jalan

U-Turn yaaa

dari atas jejambat….

GMC lama.. biasa kalau dlm citer omputeh tu, pembunuuh je yg suka pakai keta nie.. kat Mekah ni bersepah beb.. 4000cc..

Chevrolet yg baru ni pun bersepah.. tapi tak sesedap dan sesmooth GMC laaaa

dah dekat daaaahhhhh.. jemaah pun dah mula hilang dah.. masing2 dah tak sabar nak sampai bilik hotel bg menunaikan Tawaf dan Sa’ie Haji.. sebelum uzur Syari’e dtg bg wanita…

sampai2 bilik, rupanya Hj Firdaus dah ada dah.. tgh2 tidur pun terpaksa jawab panggilan dari petugas Haji THTS yg lain terutamanya bg jemaah Almaas dan Zamrud… orang kuat THTS ni… cayalah Hj Firdaus

dan malam tu gak, Alhamdulillah, aku dah selesaikan Tawaf dan Sa’ie HajiKU utk kali keduanya dlm hidupKU.. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yg memberikan aku satu peluang yg cukup berharga pada kali ni datang menunaikan ibadah Haji sebagai Petugas..

dan Baitullah dengan baju baru… cukup mengasyikkan…