Munggu ke-4.. Minggu terakhir sebelum hari Wukuf yg dijadualkan pada hari Sabtu ni… Alhamdulillah

tu dia Pak Ya sekali dtg utk update khemah Arafah sebelum Hj Amin dan aku mapkan Jemaah pada tiap khemah.. konsentrate giler beb.. serious je

sementara aku dan Hj Jazmi menjadi pemerhati.. dah kepenatan dah nie selepas balik dari Mina tadi

esoknya aku ke Arafah lagi utk meninjau persiapan di sana..

sampai ngam2 sebelum masuk waktu Maghrib.. sempat bersembahyang Maghrib di Arafah

orang kuat di Arafah, Pak Ya la sapa lagi.. bersama Hj Fauzi

bincang2

tapak surau di Arafah

Tandas di Arafah.. pandai2 la tunggu giliran

rehat jap lepas pusing2 Arafah

kemudiannya kami meninjau khemah Almaas dan Zamrud pula di Arafah nie…

khemah Almaas..

khemah Zamrud dibelakang khemah Almaas

tapak surau

banner THTS

rumput karpet beb.. perghhhhh bayar mahal

atas bukit menghadap khemah Jemaah lain di bawah sana..

.. sayup je

bincang2 lagi dgn Hj Nasrol, petugas di Khemah ini

aahhh, ambil kesempatan berbaring di kawasan khemah Almaas ini

”amacam Hj Jazmi, tahun depan aku dtg Haji dgn family aku guna pakej Almaas la.. Insya-Allah kot aku ada rezeki byk nanti… nko dan Hj Amin aku request utk folo aku je time tu.. tak yah buat kerja Alokasi dan IT dah…”

”aku pun nak baring laaa..”

ada air dan dapat isap rokok lagi di khemah Almaas ni.. perghhhh

tu dia, Sofa Bed.. pusing2 jadi katil.. pusing2 jadi sofa.. mewah sungguh

selesai di Arafah, kami balik ke Mekah kejap sebelum ke Mina pula… makan jap

bentang

dah sampai dahhh.. nasi mandey ayam dan kepala kambing

kasi tuanggggg

dan seraaannggggg

kepala kambing sudah sampai

kasi kepak sket Jazmi… baru la Nampak isi yg dinamakan “Harimau Menangis”.. eh, kenapa dinamakan Harimau menangis..? sebab asal Rimau makan Kambing, dia tak dapat isi di bahagian kepala ni… cammana Harimau nak korek.. iya tak iya gak

kepala kambing sedang diratah

”ahhhh, puas dapat makan kepala kambing..”

tu dia…

”uhhh kenyang dah aku..”

”ambil gambar sket…”

haaa tilam2 di khemah diMina dah ready.. cantik laaaa
Dah hari ni adalah malam terakhir sebelum aku bertolak ke Arafah esok pagi bersama petugas THTS lain.. Insya-Allah
diDo’akan semoga perjalanan Haji kami Petugas THTS dan para Jemaah Haji Malaysia dari THTS dan Muasasah serta Pakej2 swasta lain berjalan lancer dan diPermudahkan.. Amiinnn
Insya-Allah.. jumpa minggu depan utk update di Arafah dan Mina…