Tuesday, November 22, 2011

Haji 1432H.Jeddah 2

Dah minggu ke2 dah aku di Jeddah ni do Hotel Grand Saha
Bila takde Jemaah KT besar, kami pun back to normal laa.. makan asal dan, tidur mmg cukup, releks je
Kalau ada pun Jemaah Runcit je.. macam yg aku cerita sebelum ni, Jemaah Runcit ni maksudnya Jemaah yg balik diluar waktu KT asal mereka… balik cepat atau lamat dari jadual sebenar atas pelbagai alas an peribadi laa.. tak senang gak nak balik ni, sebab kalau alas an tak kukuh, mmg tak dilayan laa…
Handling Jemaah Runcit ni macam biasa laa.. sambut diorang waktu sampai tu, lepas tu bawak diorang pi timbang beg di Madinatul Hujjaj tu dan kemudian hantar diorang ke Airport utk balik…

haaaa, bila dah takde Jemaah besar, back to nasi Mandey laa… hari2 beb… sampai naik muak dah aku, tapi nak buat cammana, perut kena kenyang… sesah je laaaa…. Rezeki Allah

esoknya Jemaah dari KT12 tiba.. Alhamdulillah… Jemaah kumpulan pertama dari THTS yg akan balik ke Malaysia sehari lagi.. haaaa baru la dapat makan dalam dewan makan hotel… ada la nasi putih dgn lauk2 ala2 malaysia yg pelik dan nasi mandey… hah..? nasi mandey..? nasi mandey lagi…. Arghhhhhhhhhhhhhhhhh tidaaakkkkkkkkk…
dan dlm ramai2 jemaah tu, aku terperasan salah sorang Jemaah ni macam aku kenal je… elok je Jemaah ni berdiri depan aku, aku pun tegur laa.. “Helmi Kamran kan…? Asrama Tun Dr Ismail…?, SPM tahun 89…?”… “eh, sapa yaaa…” tanya Helmi.. laaaa dah tak kenal aku dah… “ChaChai la Mi….” jawab aku…. “ooooooooooooooooooo….. woi woi ChaChai…” dan terus kami berjabat dan berpelukan… lama beb tak jumpa Helmi ni.. sejak habis SPM dulu, terus tka dengar berita laa… senyap je… la la kat Jeddah ni jumpanya…. Helmi Helmi…. Apalagi, borak sakan laaa kami.. dah lama tak jumpa…

Alhamdulillah gak Jemaah KT12 takde la byk masalah.. sikit2 tu biasalaaa… komplen sikit… mlm tu jam 12:30pagi jemaah naik bas dah utk ke Airport sebelum balik ke Malaysia… Alhamdulillah
Salah sebuah GMC Tabung Haji Travel.. aku mmg minat betul dgn keta ni.. kat sini harganya dlm RM120K Saudi Rial je… minyak pun murah.. mmg best la pakai keta nie
Grand Saha Hotel, Jeddah
depan Hotel ada McDonaladoz ikut ejaan Arab, McDonald laaaaa
dgn orang kuat THTS, Samhaji… tenang je… orang Indon ni, tapi dah lama diambil bertugas dgn THTS utk operasi Haji

Esoknya pula, Jemaah dari KT16 pula sampai… sama macam KT12, kena duduk di hotel ni dlm sehari sebelum berangkat pulang ke Tanah Air…
di Madinatul Hujjaj, Jemaah sedang beatur utk urusan timbang beg sebelum beg dibawa masuk ke dalam perut kapalterbang…
sabar dan tenang je memasing.. ye la nak balik.. muka pun happy je
ada yg ngam2 32kg seperti yg disyaratkan, ada juga yg terbelih byk, dan kena bayar laaa… 1kg, SR24 kena bayar…
sesambil tunggu Jemaah timbang beg, aku, Hj Amin dan Hj Affandy berlegar2 melihat2
hah, McDonaladoz. Betul tak ejaan aku.. McDonald…. Kenapa aku kat sini lagi..?
sebab aku tolong belikan ayam goring utk Jemaah “Special” ni.. Hj Jumat bin Krem dan Isteri dari Sibu, Sarawak… Haji ni buatkan aku semakin rindu dengan kedua ibu bapaku… kenapa…? Ada ceritanya.. meh aku cerita…

Semasa di Mina, Jemaah dari khemah belakang sekali, tak silap aku khemah H buat aduan pada aku bahawa Jemaah utk tilam bernombor 417 masih belum tiba.. walhal hari dah menjelang tengahari… diberitahu namanya Hj Jumat bin Krem dari Sarawak.. maka aku pun terusla ke Pejabat Operasi THTS di Mina utk buat laporan kehilangan jemaah.. sampai2 di bilik operasi, rupanya dah ada beberapa Jemaah wanita yg juga sedang membuat laporan kehilangan Jemaah yg masih tidak sampai2 di khemah mereka, dan bila disemak, rupanya kedua2nya adalah suami isteri… makanya aku dan beberapa petugas lain pun menjalankan operasi mencari Jemaah ni di khemah2 yg ada, takut tersalah masuk khemah, tapi tiada.. kami mencari pula di sekitar kawasan maktab masih tiada.. malah aku sempat ke beberapa kawasan khemah Jemaah muasasah Malaysia, dan sebabkan info yg terhad masih tidak berjumpa…

menjelang maghrib, salah sorang Jemaah dari khemah H tu memanggil aku “Haji Haji, Jemaah kita tu dah sampai dah.. meh laaa… kesian dia Haji..”
dan aku pun bergegas mengikut Jemaah tu ke khemah H… sampai2 mmg benar la Hj Jumaat ni baru je sampai, dalam keadaan lesu sangat2 dan kelaparan sedang duduk di tilamnya sambil menceritakan kejadian sebenar…..

ceritanya dia dan isteri adalah dalam kumpulan terakhir utk naik bas sewaktu di Musdalifah.. masa tu dah menjelang pagi dah.. dan dia bersama isteri adalah orang yg paling last dlm Jemaah yg ada disitu. Kata lain, paling belakang laaa.. tiba2 ada sebuah bas berhenti di sudut kawasan Malaysia dan Jemaah didalam bas tu memanggil Haji Jumaat ni seakan menyuruh dia dan isteri menaiki bas tersebut… ye laa, hari pun dah makin siang, dia dan isteri tanpa fikir byk terus je berjalan kea rah bas berkenaan tanpa disedari oleh seorang pun petugas THTS disitu dan menaiki bas tersebut….. bas tu katanya dipenuhi oleh Jemaah Pakistan.. dia diberikan air dan makanan ringan sewaktu dlm bas tersebut….

Bas tersebut terus sahaja menuju ke Kawasan Melontar Jamrah di Mina… bila semua Jemaah Pakistan turun, dia dan isteri pun turut turun, tinggalkan beg di pintu masuk Jamrah dan mengikuti Jemaah Pakistan tadi melontar jamrah aqabah bersama…… habis melontar, Jemaah pakista tadi terus sahaja berjalan ke Mekah dan Hj Jumat dan isteri pun ikut sekali.. ye la first time buat haji, dia sangka Jemaah Malaysia pun buat benda yg sama… jadinya Hj Jumat dan isteri ni ikut sahaja Jemaah pakista dari bas tadi ke mekah dan terus ke masjidil haram menunaikan tawaf dan sa’ie haji…

Habis2 sa’ie, dia keluar masjid, dan mencari Jemaah Malaysia tapi tak Nampak sorang pun katanya… tiba2 wife dia ajak makan KFC (di depan Masjidil Haram di bagunan Hilton mmg ada restoran KFC).. dan diorang pun beratur la dlm keadaan bersesak2 tu… tiba2 dlm bersesak2 tu dia terasing dengan isterinya… maka dia pun tercari2 la isteri dia dlm keadaan sesak tu.. tak jumpa jumpa.. cari merata pun tak jumpa2 sampai di hilang arah dan tak tahu dah mana nak cari lagi…  dlm keadaan sedih dia menalifon keluarga di Malaysia dan maklumkan “ibu kami sudah tiada…”. Apalagi, menangisla seluruh keluarga dan Hj Jumat ni sekali… dah tak tahu nak kemana, dia pun berjalan balik ke Hotel di Mekah sambil menari2 juga.. sampai2 di Hotel, ntah macam mana pihak Hotel dgn baik hati (biasanya tak berapa baik) mencarikan sebuah kenderaan dan menghantar Hj Jumat ni ke Mina di khemah Malaysia Maktab 100… dan Hj Jumat ni terus je ke khemah dia ni laaa…

Eslok dia habis cerita je, seorang petugas dtg ke khemah H tu dan bertanyakan Hj Jumat ni ada ke tidak… kami pun tanya la kenapa… dan petugas tersebut memaklumkan isteri Hj Jumaat ni baru sahaja sampai dan sedan mencari Hj Jumat… dgn sepantas tu gak Hj Jumaat ni terus keluar khemah minta petugas tu tunjukkan khemah isterinya.. kami pun follow gak.. dan bila tiba di khemah isterinya, mereka saling berpelukan.. dgn penuh kasih dan saying Hj Jumat ni mencium pipi dan dahi isterinya beberapa kali, buat kami yg ada kat situ mengalirkan air mata melihatnya.. betapa kukuhnya ikatan kasih saying mereka.. mmg cayalah.. kami siap bertepuk tangan lagi…  buatkan isterinya malu2 segan…. 

Kami tanya isterinya apa yg jadi, dan isterinya menceritakan bahawa lepas dia terpisah dgn Hj Jumat di depan KFC sewaktu bersesak tu, dia pun cuba mencari Hj jumat tapi tidak berjumpa… lepas dah mencari dan hilang arah, isterinya pun duduk di tepi hotel tersebut.. tiba2 ada seorang anggota polis menyapanya dan bertanyakan dia, tapi isterinya tidak faham, maklumla, dlm bahasa arab.. isterinya Cuma menunjukkan gelang maktab 100 yg dibekalkan oleh pihak THTS, dan tak pasal2 anggota polis tersebut memimpin isterinya memasuki kereta peronda dan menghantarnya ke khemah Malaysia Maktab 100 di Mina.. hmm mmg tak pernah dibuat oleh anggota polis Mekah kata petugas THTS yg dah lama bertugas di sini…

Mmg sesuatu yg unik dan menarik utk dikongsi bersama…. Allah hendak menguji hambanya… masya-Allah

Amacam, best kan..? sebab aku terlibat, tu yg aku pun turut terharu tu…

Dan malam tu Jemaah KT16 Alhamdulillah selamat ke Terminal Haji Jeddah utk pulang ke rumah..

Esoknya aku terus diarahkan utk balik ke Mekah oleh Hj Amin utk urusan pengambilan passport..
Macam biasa, lepak kat bilik 113/114 je la aku.. sorang2… dah takde benda nak buat, aku tolong la kemaskan bilik operasi IT tu…
Semak sungguh aku tgk… sampai waktu, pi sembahyang kat Masjid la, sesambil ke Shobra utk meninjau2 kot2 passport aku dah ada ke belum…

hah, KFC Shrimp…. Udang beb.. KFC bukan jual ayam je ke..?
esoknya, aku lepaskan rindu.. Roti Canai Power Hotel Malabar… cicah Kari Kambing.. perghhhhhhhhhh.. mari beb.. kenyang sampai ke petang aku.. ye la, 2 keping Roti Canai tu… mmg sedap beb…
di Hotel Haneen, petugas2 masih sibuk menguruskan Jemaah.. Hjh Mardiana, Hj Lokman, Hj Talal dan Hj Abdul Rahman sedang kyusuk mendengar arahan dari Ketua Bangunan Hj Yusri….
diluar, Jemaah pun masih ramai lagi…
Jemaah yg sedang hendak ke Masjid menunaikan sembahyang zohor…
hmmmm 3 hari aku di Mekah, langsung tak dapat berita pasal Passport aku.. hisshhh, bahaya ni.. cammana aku nak balik ni… aku dipanggil ke Jeddah semula utk bertugas menyambut Jemaah KT40 yg akan tiba esok… keciwa aku, sebab asal tanya pihak pengurusan, passport aku belum ada… hmmmm… petang tu aku dah sampai ke Hotel Grand Saha, Jeddah dah… Ustaz Rahman pun dah ada dah.. nak balik mlm nanti dgn Muasasah katanya…
mlm tu aku ikut Hj Jazmi, Hj Azleen dan Hj Fauzi ke Ballad, buat window shopping sket… macam biasa Hj Samhaji yg bawa… sampai2 Hotel perut lak lapar, terus makan burger di McDonaladoz… muahahahaaaaaaa

Esok nak sambut Jemaah KT40 pula