Tuesday, August 18, 2009

5 hari cuti... nak buat apa nie..?

minggu lepas 3 hari cuti
company tempat aku kerja ni cuti dari Rabu sampai Jumaat
sambung lagi Sabtu dan Ahad jadi 5 hari cuti
apa nak buat nie
dari duduk rumah baik aku merayau sket sket

hari Rabu aku ke SATY Superstore lagi
tengok2 apa benda boleh beli bawak balik Malaysia
penah weh, 6.4km kena jalan kaki
barang lak mmg mahal2 walaupun time SALE...
musim Panas kat Jepun ni mmg pesta besar laaa
Skolah cuti, Office pun ada 3 hari yg kena OFF utk pekerja jalan2 makan angin
macam2 aktiviti ada

untuk kami, apa nak buat.. kenderaan takde, jalan kaki je laaa
nak cari hiburan sikit sikit...



hari Khamis, kerja time.. siapkan homework.. duduk rumah je
dok tekun buat kerja sampai lupa nak makan
aku masak simple je

Menu aku namanya Udang Goreng Terdesak.. muahahahahahahaaaaa
masak goreng simple je beb
best pulak bila buat coding menjadi..
tu yg ralit tu


hari Jumaat pula, aku ambil keputusan ke CS Kaga
satu satunya kedai basikal Pro kat Kanazawa nie..
tgk dalam peta Google Earth macam dekat je tempat ni
macam biasa jalan kaki ke SATY, sampai SATY jalan lagi ke Nonoichi Train Station.
naik Tren dari Nonoichi ke NishinKanazawa (tambang Y140)
lepas tu turun dan tukar tren menghala ke Otomaru lak (tambang Y280)

rupanya jauh beb tempat nie.. jenuh la dok dalam tren tu.. dekat 20 minit gak perjalanan... lepas tu kena jalan kaki lagi 2 km.. perghhhh... sampai2 je, dapat shoot gambar kejap je sebelum kena sound dgn owner kedai yg tak berapa peramah sgt. Nak kawal harga barang katanya... terpaksa la aku OFF VideoCam aku... tgk2 barang takde la murah.. mahal lagi ada la dari malaysia.. aku dapat beli barang yg tak de jual kat Malaysia je.. jadi laaa.....



yg banyak kat kedai ni Road Bike Specialised
MTB amat kurang.. kalau ada pun sebuah je Full Sus Specialised yg ada
Specialised Epic, tu pun model tahun lepas

hari Sabtu dan Ahad, duk rumah je
layan Blue Ray Movie download dari internet
sini connection laju tul
jadinya donlod movie mmg beshhhh
si Ghafur lak, pergi mandi manda kat tempat semacam Sunway Lagoon tu kat Kanazawa ni
dia pergi dengan geng student Malaysia di Kanazawa Universiti
semua org2 muda je, malas aku nak ikut

Sabtu masak Ayam Goreng je


Ahad lak, aku makan Menu yg paling best dalam dunia nie
ni dia