
Kain Ihram, Talipinggang Ihram dan Jam Al-Fajr (beli di Madinah). aKU akan pakai Ihram ni utk 3 hari dari 8 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah

Jam Al-Fajr.. ada Calendar, Waktu sekarang dan Waktu Sembahyang yg seterusnya

Petang tu semasa bertolak ke Arafah, hujan lebat di Mekah... hasilnya hanya 4 buah bas dari Tabung Haji yg dapat masuk ke Arafah, sementara lagi 16 buah bas terpaksa berpatah balik ke hotel kerana Polis Saudi telah menutup laluan masuk ke Arafah kerana kuatir bahaya.. selepas Asar baru aKU dapat naik bas ke Arafah
Di lobi hotel. Berdebar dan macam2 perasaan laaa.. tapi aKU dan Kamal tetap senyum relaks je


Bersama Zawal dan Asraf di Arafah sejurus selepas ketibaan di Maktab 73

Malam tu aku bersama Zawal dgn sukarela membantu Petugas Tabung Haji Travel memberikan petunjuk khemah kepada Pakcik/Makcik yg mmg baru sampai dan keletihan ke khemah mereka... nak tidur, tilam dah basah separuh, makanya buatla kerja2 amal sket.. steady la Zawal...
Sekitar jam 2 pagi di Arafah

seawal jam 3:30 pagi dah bangun tidur balik dah... bersiap utk bersembahyang Subuh, dan sarapan sekejap sementara menantikan Waktu Dhuha dan Khutbah Wukuf
sejuk btol pagi tu... dalam 16 ke 18 darjah celcius je...

Selepas sarapan pagi

Suasana pagi tu.. eh, Zawal ke tu

Sementara menantikan Khutbah Wukuf.. laaaa.. Zawal lagi keee

Khemah2 di Arafah... isk, Zawal lagi....


Dekat2 Waktu Khutbah Wukuf.... muahahahahhaaaa.. Zawal dimana2

Selepas Khutbah Wukuf, selepas DOA rasmi dibacakan, Jemaah digalakkan utk bermunajat dan muhasabah diri, berdoa kepada Allah yg esa utk apa sahaja... apa sahajaaa...
Ada jemaah yg dah parking awal2 utk tempat berdoa

utk aku, makan dulu beb

keadaan khemah sementara menantikan waktu Afdal berdoa

Kamal dan Pakcik Din

Selepas Maghrib, kami bertolak ke Muzdalifah pula... kena naik Bas ikut kumpulan penerbangan (KT)


hah, kenapa lak dengan Shaibi ni...

Sampai2 di Muzdalifah (utk Mabit atau bermalam), kena kutip anak2 batu sebesar min biji kacang peas sebanyak 70 biji..
7 biji utk Lontaran Jamrah Kubra (sebelum Tahalul yg membolehkan kita buka pakaian Ihram, dan terlepaslah 10 syarat ihram, kekal lagi 3 syarat ihram)
21 biji utk setiap Lontaran pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijjah utk Jamrah Sughra, Wusla dan Kubra (7 utk setiap Jamrah)

Bersama Shaibi kepenatan selepas mengutip anak2 batu utk lontaran

"Nko tgk ramai tak ramai manusia tu.." jerit Shaibi

Bersama Delas...
aKU: "dah cukup ke Batu tu Delas...?"
Delas: "kena kutip utk Dr sekali la Bang Shah..."
aKU: kesiaaannnn

wah, dah macam Superman lak si Delas ni

uish, bercahaya cahaya laaa...

Kamal, cam biasa laa.. sementara menantikan jam 11:30mlm, sempat tidur tu.. siap ngorok lagi.. terkejut Makcik kat sebelah bila ngorok Kamal tiba2 jadi makin kuat...

Takde khemah, tidur atas lantai bukit je... atas lak langit mlm yg sejuk.. satu pengalaman

aKU ngan Pian.. semangat giler nak melontar Jamrah Kubra esoknya selepas tiba di Mina mlm tadi... LabbaikAllah hummalabbaik...

Ramai bto jemaah... depan tu bangunan Jamrah.. 4 tingkat..

Dekat dah

Jamrah Kubra... Jamrah yg terakhir antara tiga Jamrah

Nak balik dah... lepas bertahalul... leh la cukur kepala lepas ni.. dan bukak Ihram.. Alhamdulillah

Pastikan ikut MOAISEM utk balik.. kalau tak sesat beb

Bersama Helmi.. nak ke Mekah terus lepas ni utu menunaikan Tawaf, sebab isteri dah nak sampai waktu... dia ni buat Haji Ifrad.. cekal beb... dtg dgn isteri lak tu.. cayalah Helmi

yaaaaa.. lepas bercukur... diorang cukur dari ubun2... di Khemah di Mina... Maktab 73.. Alhamdulillah

Dgn Shaibi... uish, seksi beb... aaawwwww

Dgn Kamal... Kamal nampak Comel lepas bercukur... cute kata sorang Makcik

Suasana di dalam Khemah di Mina.... masing2 sedang menunggu acara Melontar Jamrah Kubra mlm karang.. tapi aku, Kamal, Shaibi, Pian dan Helmi dah pergi sendiri awal2 pagi lagi

ada juga yg sempat menunaikan Sembahyang Sunat

Kebanyakannya bersembang.. he he he

Pakcik Mat: "aku dah tido bangun dekat 4 kali dah, blom malam2 lagi ke nak pergi melontar nie..." muahahahahahaaaaaa

Pengawal khemah... bebudak Arab je... tapi sekali makan, Nasi Mandi tu dia sorang je.. kami bertiga...

Haji ni ada iras2 rupa rakan BBB aKU, Syukur... tapi versi dah tua laa...

Silau beb.. silauuuuu

Mlm tu kami tolong Delik lak bercukur.. dah la rambut keras, kena gunting dulu baru leh cukur... Delik Delik.. dekat 2 jam baru selesai dia sorang je.. fuuhhhh
Shaibi: "sini Pian... sini.. kang tobek kang..."
Pian: "OK OK.. nko ambilkan je la air utk basuh pisau cukur ni.."

akhirnya dah siap dah si Delik.. si Asraf pun dah botak dah

Bangunan Jamrah waktu pagi... 4 tingkat beb... besar giler... boleh pilih mana2 tingkat nak pergi melontar... ikut je flow tu

aKU, Shaibi dan Kamal dah ready nak melontar utk hari pertama bagi ke tiga2 Jamrah pada 11 Zulhijjah...

Kamal sedang melontar... siap tepi tebing lagi... best

Jamrah... selesa, dan besar.. takde bersesak2 dah

tgk besar tak besar kompleks melontar ni

ikutkan cerita Petugas Tabung Haji Travel, dulunya tempat melontar ni setingkat je... jadinya tiap kali melontar dah semacam nak berperang.. berhimpit2.. bersesak2... tapi tahun ni, lapang dan luas... Alhamdulillah
Tu dia papan tanda.. salah masuk confirm sesat.. sebab semua tempat hampir sama je

Pakcik Mat.. sambil baring2 je baca Quran

Bersantai2 sementara menunggu waktu Maghrib

Hah, borak apa tu Wak...

Kamal dgn songkok tinggi Brothers

Aku pun sekali laaa... siap beli dua.. ni songkok Iran, satu lagi Oman... he he he

Suasan khemah di Mina

Air panas, teh uncang, kopi segera 24 jam...

Peti sejuk air mineral dan Oren pun 24 jam... sentiasa ada

Pagi terkahir di Mina.. aKU, Kamal dan Shaibi pergi awal2 pagi sebelum Subuh utk melontar.. sempat sembahyang dulu di atas jalan raya.. kemudian terus melontar utk hari ke-3 13 Zulhijjah... terowong ni sepanjang 650m gak laaa

Bangunan Jamrah awal pagi

Perghhh... Wajah2 yg puas selepas melontar.. Puas giler..

Bas bas dah mula banyak utk bawak jemaah balik pagi 13 Zulhijjah

Tunda Kamal jap... kesian Kamal.. dah sakit tumit kaki dah.. Satu trip melontar dalam 3km jalan kaki pergi dan balik

ada 2 terowong... belah kiri utk balik, belah kanan utk pergi.. one way.. mudah dah... sebelum tahun 1999 hanya ada 1 terowong utk pergi dan balik.. hasilnya, pada 1999, sewaktu sedang bersesak2 dalam terowong, seramai 300 jemaah dan Petugas Haji meninggal akibat dipijak dek jemaah yg berebut2 dan bertolak2... Lepas tu Kerajaan Saudi buat satu lagi terowong

Kamal: "hah, apesal nko Delas..?"
Delas: "Handphone saya mausk Jamban Kubra masa melontar la Bang... sedih nie..."
Kamal: "muahahahhaaaa.. tu la, sapa suruh guna hp dalam tandas, kan dah masuk lubang dah.. "
muahahahhahaaaa... kesian Delas.. habis hilang no hp awek2 dia

Amacam, moto pengawal khemash Maktab 73 di Mina.. kulit lembu gurun original beb

Bukit2 batu didepan Khemah di Mina ni jadi tempat tinggal orang Afghanistan... selamba je diorang ni panjat bukit batu tu.. fuuhhhh

Pagi 13 Zulhijjah, dah bersedia nak balik dah...

Sampai hotel, tros tidur.. keletihan beb.. 3 jam dalam bas utk perjalanan 7 km je
