Wednesday, December 9, 2009

mlm.ni.balik.dah

Alhamdulillah

mlm ni aKU dan Kamal bersama 26 lagi jemaah Malaysia yg lain akan berangkat pulang ke Malaysia dari Lapangan Terbang Jeddah

la ni aKU dan jemaah lain ditempatkan di Hotel Grand Plaza, Jeddah utk menanti waktu berlepas.. Flight kami, MAS MH151, dijangka bertolak dari Jeddah jam 9:00mlm dan dijangka tiba di KLIA, Insya-Allah jam 10:50am esok, Khamis, 10 Dec 2009.

semalam, jam 3:28ptg kami bertolak dari Hotel Sevilla Barakah, selepas Tawaf Wada', Tawaf Selamat Tinggal yg wajib dikerjakan oleh setiap jemaah Haji yg akan bertolak balik... ada rules sket... Tawaf di sesuai dilakukan dalam 4 jam sebelum bertolak balik.... dalam 4 jam tu, tros ke Masjidil Haram, menunaikan Tawaf Wada' 7 pusingan, bersembahyang sunat Tawaf sesudah habis Tawaf, melihat Ka'abah buat kali terakhir dan bila dah puas tengok, tros berjalan keluar dari Masjid tanpa perlu menoleh atau berpaling balik melihat Ka'abah.. dan tros berjalan balik ke Hotel.. tak boleh beli apa2 dah, tak boleh ambil gambar sangat2 dah... tak boleh balik ke bilik tidur dah.. cumanya boleh makan di Hotel, boleh buang air kecil dan besar di Hotel dan boleh bersembahyang fardu di kawasan selain dari Masjidil Haram...

kemudian kami akan menunggu di lobi Hotel sehingga Bas datang utk membawa kami ke Jeddah utk bermalam sehari sebelum waktu berlepas...

isk, sedih rasanya... sebelum tu, aKU dengar kata2 dan cerita2 Jemaah yg mengatakan sedih dan menangis bila sedang melakukan Tawaf Wada' tersebut... aKU senyum sahaja.. tapi bila aKU melakukan Tawaf Wada' tersebut, mmg mengalir air mata, bila kenangkan yg ntah bila aKU akan berkesempatan datang ke Rumah Allah ini lagi...

"Ya Allah... Selamatkanlah kami, kurniakanlah kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yg menziarahi Baitullah dengan mengerjakan fardhu haji, mereka yg berjihad, mereka yg musafir juga mereka yg bermukim, sama ada musafir melalui daratan atau ruang udara dimana mereka ini terdiri dari umat Saidina Muhammad s.a.w seluruhnya

Ya Allah... Ya Tuhan kami... Janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yg penghabisan bagi aku menziarahi Baitullah.. Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat-MU ke atasku dengan memberi petunjuk kepadaku. Aku akan meninggalkan segala larangan-MU selama hayatku. Kasihanilah aku dengan tidak memberatkan perkara yg tidak menyenangkan aku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat aku kerjalan segala pekerjaan yg mendapat keredhaan-MU.."

Amin ya Rabbal Alamin...

sedikit gambar2 Masjidil Haram waktu mlm dari sebelah yg biasa aku lalui









Hotel Dar Al-Tawhid.. Hotel yg paling dekat dengan Masjidil Haram.. terletak betul2 depan pintu masuk Utama Masjidil Haram.. tapi sewa biliknya semalam boleh terkeluar biji mata ikan sembilang


Hotel yg sebelah sana tu pula ialah Zam Zam.. kedua dekat dengan Masjidil Haram...




ni suasana selepas sembahyang Isya'.. Jemaah kebanyakannya akan duduk2 sambil berborak sebelum balik ke tempat penginapan memasing.. ramai kan










ni pula dari atas bukit lalu aKU jalan kaki ke Masjid tiap2 hari tiap2 waktu..


haaaaaaaaaa, ni lak air malta nama Moussy.. perisa Staberi.. ada perisa epal dan perisa klasik.. air ni poplar utk yg sakit2 tekak atau gatal2 tekak nak batul tu.. aku mmg fav air ni kat sini.. sebotol, 3 Rial Halal


alamak, sedih lak rasanya... ni pagi sebelum menunaikan Tawaf Wada'KU


Kamal, cam biasa laa.. senyum je...


kejap je dah nak balik dah...

bila sampai Jeddah, tgk bilik Hotel... waaaaaaaaaaaa

Kamal sempat berdoa tanda kesyukuran selepas menunaikan sembahyang asar


lepas tu, apalagos, landiiinnggg timeeeee.. sementara menunggu waktu makan malam


Jalil pun sempat menunaikan ibadah sembahyang asarnya.. aKU dah selesai dah sebelum ni


antara Petugas Tabung Haji Travel yg rajin dan peramah


dan aKU cam biasa laa.. lepas makan mlm, pekena rokok dengan Pakcik Aloq Staq jap diluar hotel.. sejuk mlm nie.. 19 darjah celcius


pagi esoknya, depan Hotel.. lagi sejuk, 17 darjah celcius je... ada lak GMC nie.. kat Saudi ni, keta SUV GMC ni fav.. ada dua jenis.. satu yg ni, 4.7 ltr, dan satu lagi yg lagi besar, 6.5ltr... giler besar keta nie


Tengok2 tepi jalan hotel, ada McDonald... ahhh, esok nak balik dah..


Suasana pagi depan Hotel... kami tinggal di kawasan Saudi Business Center... keta laju2...




Tengahari tu, aKU dan Kamal beserta geng Tabung Haji Travel pi makan kat luar laaa.. makan masakan Thailand lak.. belasah je laaa


ni aKU nyer


dan bila tgk gambar nie, teringat waktu mula2 sampai Jeddah ni dulu... alih2 dah nak balik dah... seribu kenangan... kenangan menunaikan ibadah Haji, Rukun Islam yg ke-5


Alhamdulillah Syukur