Sunday, December 27, 2009

jadi.penanggah

wah, rasanya dah lama btol aku tak jadi penanggah ni...

mana taknya, di zaman moden di, di ibukota Kuala Lumpur ini, rasanya dah kurang sangat acara memasak beramai2 diadakan atau rewang sebelum majlis kenduri kahwin diadakan.... yg biasa kita nampak, catering.... upah satu syarikat yg mmg khusus dalam bidang masak2 utk kenduri kahwin ni... bak kata orang kota "senang... tak yah nyusahkan orang lain..." ye la tu...

tapi, lain lak jadinya di BTP3 tempat aku tinggal ni.. salah sorang jiran kami, Haji Din Madu akan melangsungkan majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya pada 26 Dec 2009 ini.... alih2 sekumpulan ahli2 surau dan penduduk bersetuju utk membantu beliau gotong royong atau rewang memasak beramai2, basuh pinggan, buat air, dan penanggah sekali.. best ni... mmg best

apalagi, aku yg mmg dah lama menantikan aktiviti2 begini, tros mengjoinkan diri.. kena jadi tukang basuh pinggan.. best best... susah nak cakap perasaan seronok tu, sekadar gambar utk dikongsi bersama

abe: "apesal la nkorang gosok periuk ni kat tepi je.. ni hitam kat tengah ni sapa nak gosok.."
geng cuci pinggan: "haaa, tu kami bagi kat pengantin lelaki yg buat"


"isk, ni apa yg nak kena buat ni... aku bukan tahu pun... dah siap ke blom nie..?"


ni dia geng cuci pinggang yg efisien giler.. sampaikan cuci pinggan ni tak rasa penat pun...cayalah


Amin: "haaaa, ni cara senang nak basuh beras.. tak yah keluarkan.. cucuk2 plastik tu dengan garpu bior banyak lubang.. lepas tu lalukan air dan gaulkan... air akan otomatik keluar dari lubang2 tadi... tak ke senang.."


macam biasa, otai2 melepak sambil memerhatikan anak2 buah buat kerja


sekitar majlis yg meriah


Nizam: "nasi ni, cepat tul habisnya.. kasi can la aku rehat jap..."


Abg Zul: "hah, apa lagi nak masak ni... masak nasi dah, rendang daging dah, kurma ayam dah, sambal sotong dah.. jangan nkorang suruh aku masak meggie atas api besar ni dah laa... "


Syukri: "nko ni Fauzy, lambat tul nyabun pinggan tu.. cepat la sket... kok ye pun.."


haaa tu la, tadi eksen tanya apa nak masak, kan dah kena masak bubur pulut hitam lak...


suasana semakin meriah dengan ketibaan pengantin...


ngam2 habis je, hujan turun mencurah2... kami tak bagi pengantin tidur, sebaliknya, pengantin lelaki kena basuh dua buah periuk besar petang tu.. yahoooooooooooo