Sunday, April 24, 2011

Selangor MTB Challenge 2011

Pagi tadi, aku berkayuh di Kuang.. Selangor MTB Challenge 2011.. tak ramai yg masuk ride ni, mungkin sebab namanya "Challenge" kot.. kat starting point nampaknya yg kuat2 je.. perghhhh

Event ni ada beberapa kategori.
1. Men Open
2. Selangor Open
3. Vateran Open
4. Women Open
5. Junior Open

trailnya akan melalui Ladang Kelapa Sawit di Kundang nun, merentasi Kuang dan memasuki hutan getah Sg Serai nun sebelum tamat.. total dlm 40km laaa

Andrew... Peramah giler... first time masuk event katanya... ye la tuuuuuuu

zazhar dah sampai awal dah... Lish pula sedang bersiap

at starting point.. ramai gak manusia.. kami kena start dari luar je..
Pine pun ada... rider laju, tak bleh ikut... tak larat nak ikut beb.. cayalah Pine

tu yg sebelah beg kuning tu Pine laaa...

trail head.. teratur.. marshal dan papan tunjuk arah semua ada.. persediaan yg kemas...

ladang kelapa sawit... tempat mainan kami di Ladang Tuan Mee pun cam ni gak...
tapi mana rider lain..? tu haaa dah jauh kedepan... aku dengan Lish kayuh rilek2 je...

brader 3 orang ni dari Kedah, datang berkayuh.. mmg rajin beb... yg baju hitam tu dah krem.. gara2 dok pulun dengan front runner yg memang dah laju... "teruk krem aku ni weh..." masa ni baru 11km rasanya

dari sini aku dengan lish sambung berkayuh... di depan kami ada 2 orang awek yg juga kayuh slow2.. gaya memang macam Pro... sebab masa kat starting line tadi dua orang ni depan aku... rupanya takde la kuat mana.. muahahhaaaa.. bagusnya diorang ni ialah asal bukit diorang menolak.. bukit sikit pun diorang akan menolak.. tapi bila flat, tu dia punya berdesup... makanya kejap aku dengan Lish potong, kejap lagi diorang potong balik...

bila sampai kat Checkpoint 3, aku jerit laa "come on Kak, steady steady... "
dia balas: "diam laaaa"

muahahahhahaaaa orang dah kepenatan, aku lak ngusik.. padan dengan muka aku... gelak je Lish...

habis laluan kelapa sawit di Kundang dan Kuang, kami kena ikut road lak utk ke Sg Sengai bagi loop last.. kat sini dah panas terik dah... memang mental sket la berkayuhnya.. jam pun sekitar jam 10am ka sini...

masuk2 trailhead Sg Serai Lish tanya aku"cammana..? nak teruskan ke nak patah balik... dah 23km dah nie. ada lagi dlm 18km ni..." aku lak dah mula rasa krem dek laluan road yg panjang sebelum masuk ke trailhead Sg Serai ni... aku ajak Lish patah balik je, tapi Lish kata "kita teruskan laa..."

dan kami teruskan

kami berdua habis berkayuh dlm sekitar jam 11:45am... Alhamdulillah

selesai sudah.... makan timeeeeeeeee

muahahahahaaa masa kami sampai dah ramai rider yg dah habis makan pun

malah ada yg dah siap mandi lagi.. biasalaaa...

sesambil menunggu cabutan bertuah

aKU: "bila nombor kita nak naik ni Lish..?"
Lish: "ntah, makan pisang lagi sedap.."

"eh, Pine pun diundang utk membuat Cabutan utk Lucky Draw.."

"Pine, cari no A-100 dan A-99 Pine..."

alamak, takde luck la kali nie...
takpa, pulang dengan satu lagi pengalaman.. best

Selangor MTB Challenge 2011 - ambil Goodies

Sabtu semalam, aku cadang nak pergi ambil Goodies utk Selangor MTB Challenge 2001 di Dewan Merdeka Kuang nun berbasikal je... Abg Jep pun nak folo khabarnya..

Makanya pagi Sabtu, 23 April 2011 lepas, Abg Jep dan Abg Azlil folo aku ke Kuang... "Aku ingat nak daftar sekali la Chai.. best gak ni..." kata Abg Jep... "Aku lak, member dah tolong daftarkan.. aku nak ambil goodies je ni.." balas Abg Azlil... cun la tu...

Abg Azlil, Abg Jep dan aKU sebelum memulakan kayuhan

Kami ikut trailhead Blok 4, merentasi laluan OffRoad utk ke heway LATAR yg sedang dlm pembinaan. Wah, dgn roadbike kena lalu offroad sket.. belasah je la labuuuuuuu

Sayang beskal punya pasal Abg Jep sanggup tun tun beskal Roadnya.. perghhhhhhhh

Abg Azlil: "eh, apesal nko tak kayuh Jep..?"

Abg Azlil: "apa lagi Jep, turun la dengan beskal.."
Abg Jep: "syyyy, make sure gambar tu tak tunjuk Road Bike aku ni..."

Abg Azlil: "aik, tolak je ke Jep... jom la kayuh OffRoad nie... muahahahahhaaaa"

alamak, rupanya jln masuk ke heway ni dah di blok dengan pagar... kena panjat ni...

cuaca mmg cun pagi tu... panas terik.. muahahhaaaaa

dah masuk heway, Roadie jadi semangat balik laaa...
Abg Jep: "eh, mana Azlil... tadi ajak aku kayuh... haaa meh la kayuh.. tengok sapa laju.."

kami menyusuri heway LATAR hinggalah exit Kundang.. dari Kundang kami menghala ke simpang empat Tasik Biru nun... dari situ, kami ambil ke kiri untuk ke Pekan Kuang... Dewan Merdeka ni sebelum simpang ke Pekang Kuang tu laaa...

dlm jam 9:45pagi kami dah sampai di Dewan Merdeka dah.. Kelihatan petugas sedang menyediakan meja pendaftaran..
Abg Jep: "diorang tengah bersiap la Chai... kita minum dulu.."

Alan yg dah kepenatan dan terkejut sebab kena layan OffRoad tadi

Look pula hanya tersenyum...

lepas minum2 lebih kurang, kami pun beratur untuk ambil Goodies.. aku ambilkan Lish punya.. cadang nak ambilkan Zazhar punya Goodies tapi beg dah tak muat, sebab Zazhar termasuk dengan Wife dan adiknya...
Abg Jep: "aku nak masuk kategori open ke vateran ni. kalai makcik tu kayuh kat Vateran aku masuk Open laaa.... tapi 40km tu.... kalau vateran baru 25km je... mmmm"

majalah Cycling Asia tu free je... tapi edisi lama laa... peduli hape, ambik je.. leh gak baca2 kat rumah sambil O-Ok

balik tu kami singgah di Tasik Biru.. apa lagi, Air Kelapa Sirap dan Air Kelapa Gula Merah laaaa
Abg Azlil: "wah, ni first time aku rasa air kelapa gula merah ni..."
Abg Jep: "apesal aku ada duit lebih nie...?"

balik tu Abg Azlil cadangkan kami ikut laluan Offroad ke Desa Puteri dari Kundang nun.. dekat sket.. lagipun nak masuk heway LATAR balik dna memanjat pagar tu nanti dah cuba dah pagi tadi... kami pun dengan sebulat suara bersetuju je laa...

Abg Jep: "alamak, kena lalu OffRoad lagi ke...? kena pelan2 ni..."

Abg Azlil: "oiii Jep, apesal slow sangat kayuhnya tu...?"
Abg Jep: "jap laaa.. mana boleh laju2... kang bengkok lak rim aku ni kang.."

Goodies Selangor MTB Challenge 2001.. Jersey, no A-100 utk kategori Open.. nak masuk kategori vateran, umur belum cukup lagi... Car Stiker, Road Tax Stiker, bumper sticker, power bar energy, botol air I am Cyclist dan Brochure event...

esok kayuuuuuuuuhhhhhhhh

Tuesday, April 19, 2011

try Hali Davidsen Sportster Wak

Ahad petang, waktu balik dari rumah parents aku, singgah rumah Wak Labeb jap... menjenguk Harley Davidson Sportster 883R Wak.. perghhhh berdentum2 bunyinya... masih lembut dan manja lagi....

Wak lak tak habis2 nyuruh aku mencubanya... aku lak mmg tak penah bawak moto Harley sebelum ni, dan wallaaaaaaaaaa... macam Arnold Susahnakeja daaa... control macho je sambil bawak Harley tu pusing2 blok perumahan tu...

amacam..? ada gaya tak...? moto orang beb... tumpang merasa je...

mula2 bawak keluar dari rumah Wak, aku yg dah biasa dengan cara half clutch terus je la mencuba.. hasilnya moto ni semacam jerking... kedepan dan kebelakang aku waktu tarik dan masuk gear tu... heran gak, apesal kelam kabut ni... dan spontan aku terfikir, mungkin ni easy rider, so kena buat cara orang malas naik moto la kotnya...

dan aku tukar cara aku masuk gear, dengan buat satu2 iaitu tarik clutch, masuk gear dan lepas clutch, serta pulas throttle dengan malas dan lembut jeeee.. haaaa barula smooth pergerakan moto ni.. takde kelam kabut dah...

laaaaaaaaaaaaa

haaaa ni la proud ownernya.. Wak Labeb atau Jemmy Jo... dah lama dah Wak ngidam moto ni.. akhirnya tercapai gak hajat...


Monday, April 18, 2011

Karnival 1Malaysia Btg Kali.... aaiiiiii

semalam aku ke Bandar Sungai Buaya, berkayuh dlm event Karnival 1Malaysia Batang Kali Jamboree... nama je Batang Kali, tapi buatnya kat Sungai Buaya sebelah Perodua Bukit Beruntung tu... 

pagi tu aku terbangun lambat.. malam sebelumnya dok bincang2 "ngam ngam jam 6:30am kita gerak ke Sg Buaya... tak yah tunggu yg lambat, sapa ada kita jalan dulu." punyala semangat aku, alih2 aku yg bangun lambat... 6:33am baru tersedar... tu nasib baik tersedar, buatnya lajak sampai jam 9 pagi, nganga je la aku... 

dah lambat tu, mandi kambing je la aku... lepas sembahyang subuh, terus gerak ke Sg Buaya... sampai kat parking lot >< jam 7:14am... park keta, bersiap secepatnya 

dlm dok bersiap tu, sempat borak2 dengan brader park keta sebelah aku... brader ni rupanya duk kat Blok 16, BTP nun... yg paling kanan tu Pak Mertua dia dari Terengganu dtg berkayuh kat Sg Buaya, dan tengah tu tak silap adik ipar dia... badan Racer beb...

Langgark: "hah, nasib baik hang datang Chai, Abg Jep dha nak nangis nak balik dah.. takde teman... aku dah jenuh pujuk dia kata aku akan teman dia sampai habis hari ni, tapi Abg Jep tak caya..."
muahahahhahaaaaaaaaa ngam2 aku sampai kat sini, event pun bermulaaa... ramai giler pengayuh.. dikhabarkan seramai 1100 rider ada pagi nie... fuuiiyyooo... mana taknya hadiah tempat pertama RM1500.. kedua RM1000.. sapa tamau...

Aboi, masa ni je la nampak dia, dlm sekelip mata, terus lesap dlm kumpulan org ramai depan tu

trail head... di sinila segala masalah event ni berpunca.... punyala sesak sekali 1100 pengayuh nak masuk trail kecik... sampai jem... aku, Langgark dan Abg Jep lepak je tunggu kat belakang...

alih2 marshal bermoto scrambler jerit kata kami salah masuk.. kena ke kanan, bukan ke kiri ni... mmmm masalahnya kat sini, takde signage, takde marshal utk bg tau arah mana kena ikut.. ikutkan mata kasar laluan ni la yg nampak cam ada trail di depan... maka kami pun U-Turn laaa kebelakang sket dan mengambil trail ke kanan... melalui jln bertanah yg semacam baru semalam disodok dengan susunan batu2 kecil sebagai penanda jalan terus menyambungkan kami ke laluan bertar lama yg panjang... kat sini aku dah terpisah dengan Abg Jep dan Langgark rupanya... aku slow down dlm berkayuh, still Abg Jep tak muncul2...

Hinggalah tiba di satu simpang berbukit, tau2 beberapa rider tegar yg laju betul sedang menuruni bukit jln tar menghala ke arah kami... "aik, macam front runner je ni.." bisik hatiku... "Bang.. dari mana ni... apesal ikut jalan ni..?" tegur salah sorang rider tu... "saya memang kena ikut jln ni.. ni yg lelain ni pun sama laaa.. kami tengah tuju ke trail head..." jawab aku selamba... "eh, apesal you dah ada stiker CP3...? kami CP2 pun tak sampai lagi... dan mana stiker CP2...?" serentak budak tu memperlahankan beskal dan kami pun berpandangan tag nombor pada basikal kami.. rupanya beberapa yg lain pun dah mula tahu...

"laaaa, macammana boleh tersalah masuk ni..." jerit budak tu... aku pun mencertikan apa yg berlaku di trail head tadi, rupanya budak di dan ramai lagi front runner dah tersalah masuk trail... untuk makluman, ada 2 loop utk event ni... satu loop di sebelah kanan lokasi event yg ada CP2 dan satu loop lagi di sebelah kiri lokasi event ni yg ada CP3 dan CP4... maknanya kesemua front runner tadi dah termasuk ke trailhead utk loop2 laaaa...  

masa sampai trailhead yg sebenarnya ni, dah ramai front runner yg mengamuk sakan, sebab organizer tak letak penanda arah dengan betul... akibatnya diorang dah termasuk ke loop2 dan sampai ke cp3 dulu sebelum ke trail head ni.... ada yang terjerit2 nak bakar tempat ni, ada yg nak balik dan aku boleh cakap dekat 60% rider berpatah balik sebagai tanda membantah tak puash hati...

utk aku, kayuh je laaa loop ni sejauh yg aku mampu... lagipun dah bayar dan dah sampai sini... apa kesah...

haaa sempat jumpa Chuku je kat sini, sebelum Chuku pun hilang mencari Aboi didepan... cuba tengok kat belakang tu.. masih ada yg tak puas hati lagi... hisshhhh

woohooo perhatikan kat tiang pencawang depan tu.. barisan rider tengah menolak basikal memanjat bukit tu... happening beb.... aku lak terserempak dengan Along (biawak tasik).. kalau event cenggini, Along mmg the best... relek je kayuh dengan Along ni...

tengok tu Along tengah bagi kata2 semangat2 kat rider lain.. muahahhahahahaaaaa

utk loop1 ni, ada 3 bukit yg curam dan tinggi utk di panjat.. rata2 menolak je.. aku ada gak la cuba kayuh, tapi half way je.. syemput la pakcik...

elok sampai di satu simpang di kampung, Langgark dan Abg Jep tgh tuggu aku...  jam baru menunjukkan jam 9:45am... "kena balik dah dik, semua CP kami dah tutup... kira event ni kansel laaa... tapi kalau nak teruskan pun, silakan laa.. cuma CP dah takde laa.." kata salah sorang penganjur yg berjaga di situ...

kami pun dah tak semangat, dan ambil keputusan utk balik laa..

sampai2 di finishing line, rupanya keadaan tak puas hati tu masih berlarutan... ada satu group tu tengah bertekak dengan MC pentas menuntut bayaran yuran RM50 dikembalikan... ada juga yg sedang menendang2 khemah tempat urusetia duduk berbual kosong... keadaan tak puas hati masih berlarutan rupanya...

utk aku, Langgark dan Abg Jep, kami pun dha malas nak tunggu, kami berkemas dan ambil keputusan utk balik jee... tempat basuh beskal (ada kupon free basuh beskal) pun kami tak jumpa dek ramai rider yg sedang "marah marah" di depan kawasan urusetia... apa nak buat, memang salah penganjur pun sebab takde penanda arah atau marshal di trailhead permulaan tadi... satu pengajaran utk para penganjur laa.... sebab yg datang event ni satu Malaysia... bayangkan kekecewaan mereka pada hari tersebut...

elok aku habis berkemas, Aboi ngan Chuku muncul.. rupanya diorang dah termasuk ke CP2 awal dah sebelum CP2 ditutup... patutla lambat sket keluarnya....

kami pula sempat singgah di Sg Choh utk menjamu perut dengan "nasi ayam power" (kata Langgark)... aik, apesal tak power langsung... nasi ayam papa mama restoran Bro Jalil Ganaz semalam 10x lagi power dari yg ni.. tapi takpe laa.. Alhamdulillah dapat gak merasa... he he he...


sebelum jam 1130 pagi kami dah sampai rumah dah.. tu dia koto giler beskal aku...
apepun, satu pengalaman baru utk aku... tak pernah lagi aku berkayuh event, dan event tu dibatalkan waktu mula mula lagi...

best...

"yea yea mama buat ais krim"

ais krim... fav mana budak pun ("yg mak bapak bagi makan ais krim laaa").. ada sesetengah budak2 zaman sekarang ni nak makan ais krim pun tak boleh.. kesian... mak bapak tak bagi.. macam2 alasan aku dah dengar.. antaranya:
1. "jangan makan ais krim, nanti batuk2.."
2. "kan Mama dah pesan, makanan ais jangan dimakan.. tak bagus untuk kesihatan.."
3. "anak aku makan ais krim yg berkualiti je macam Hagen Das, Walls yg mahal tu.. aku tak bagi anak2 aku makan ais krim murah ni..."

untuk anak2 aku, makan je ais krim tu.. asalkan halal dan bersih, beli je... rasa dan nikmatilah ais krim...

kebetulan weekend lepas wife aku baru belajar buat ais krim sendiri.. huh, apalagi... gembira betul la anak2 aku kat rumah tu...

ni perisa milo campur manik2 coklat beli kedai kek.. sedap... ada perisa straberi dan perisa vanilla...

raja ais krim kat rumah tu, Aisyah... kalau tak di monitor, mmg ais krim je la yg dia cari

ini dua worang ikut je laa.. kakak makan ais krim diorang pun makan, abah makan, diorang pun tumpang sekaki...
dah nama pun budak2.. biarla diorang merasa kesedapan ais krim tu... nak batuk ke, sakit ke, tu biarla Allah yg tentukan... kita redha je dah laa..