Monday, April 4, 2011

Korea Trip.Day 1

Alhamdulillah, aku sampai di Incheon Airport pagi tadi jam 6:25 waktu Korea... sejuk beb.. 2 darjah celcius.. tak yah isap rokok, asap keluar sendiri dari mulut

bersama Mr Tsong dari Ceyon Korea... syarikat yang akan menandatangani MoU dengan Syarikat tempat aku bekerja

sementara menunggu van sampai

Incheon International Airport, Korea

naahhh sekali yg sampai van Chevrolet... besar tul

dlm lak lagi luas dari Alphard...

suasana di Seoul pagi tu... pokok pun takde daun.. salji baru cair katanya... keta Hyundai, Kia, Ssngyong... Malaysia pun ada.. TAPI, lebih baru modelnya dari yg ada kat Malaysia nie

tgk cuacanya, berkabus jeee

suasana cam kat Jepun gak

he he he... duk belakang sekali... best

sampai Hotel jam 9:14am... check-in dan minum dulu sementara menunggu nak ke bilik...

masuk2 bilik je, pemandangannya mmg best.. bilik aku 868... tingkat 8 je... depan Seoul City Hall

Seoul City Hall

Seoul City

Abg Kamal dengan kamera baru belinyaaa... snap situ sana sini

perghhhh.. gaya seorang professional laaaaa

utk aku, mula menyusun barang2 keperluan dlm bilik laaaa..

aik, alih2 dah ngorok je dah Abg Kamal ni... isk isk issskkk

jam 11 pagi tu aku folo En Halim ke Lotte Hotel utk ke briefing session

Plaza Hotel dari belah tepi

Lotte Hotel belah tepi ni... sampai2 briefing dah habis... kami pun terus je la join lunch simple.. janji alas perut dan kenyang... kemudiannya kami ke bahagian sekretariat utk berjumpa dan berkenalan dengan jawatankuasa kerja dari MIDA pula... ada En Zam, En Zul, En Vinod dan En Phang.. semuanya friendly tapi serious giler dlm kerja... kami juga diberi taklimat utk event yang akan berlangsung esok...

selesai di sekretariat, sementara menunggu jam 2:30ptg tu, En Halim membawa kami ke Namdaemun... meningjau tempat jualan Brooch Korea yg terkenal tu

dah macam Petaling Street dah, tapi 5 kali besar saiznya... dan macam2 ada.. semua Made in Korea.. made in China takde katanya... ye ke...?

Abg Kamal: "apa nak beli ni Shah...?"

Abg Kamal: "Takde ke awek Korea yang lawa2.. semua muka macam makcik2 je..."

hah, dah sampai dah ke bangunan yg semua tingkat penuh dengan kedai buat Brooch je.. untuk makluman Brooch Korea ni bermutu tinggi.. kat Malaysia laku betul... dan disin diorang buat terus Brooch ni guna idea diorang.. harga ikut bentuk dan banyaknya batu kilau2 tu...

satu maklumat lagi, kalau ke sini, cari gerai no #166... sebab Borrch yg dihasilkan kat gerai ni cantik2 dan bermutu... mmg betul pun.. waktu aku sampai ke gerai ni, dah ada beberapa orang makcik2 dan akak2 Malaysia tgh memilih Brooch ni.. ada yg datang dari Kedutaan China, ada dari Korea sendiri, ada dari Jepun (rata2 ikut suami bekerja), beli Brooch kat sini dan jual di tempat mereka... aku pun terbeli gak la Brooch ni utk cenderahati ke Malaysia nanti

Nandaemun Market.. ada 8 gate semuanya... masuk dari gate mana pun akan sampai ke pusat yg sama.. cumanya setiap gate jual benda yg berlainan

antara gate 4 dan gate 5 ada lak kedai jual kebab.. Halal.. orang Iran yg jual...

tros beli satu dah cuba... jadilaaaaaaaaaa

lepas tu kami balik ke Hotel dan bersiap utk lawatan ke salah satu kilang memproses daging lembu yg telah di RFIDkan di Timur Seoul ni... perjalanan akan mengambil masa selama sejam suku, sejauh 140+km... fuuhhhh

fuuhhh, tengok je la saiz daging lembu nie.. Korea Cow katanya...

RFID Reader

papan tanda utk bidder daging lembu

bilik bidder

selesai perbincangan, kami pun balik ke Seoul... takde yg menarik sepanjang jalan.. tanah pun kering.. pokok pun takde daun...

kedai2 tepi jalan... tak sebersih Jepun...

En Halim temankan aku kat seat belakang..

Hyundai Sonata baru.. teksi je kat Seoul nie...

di depan Lotte Hotel menunggu En Hong sampai.. En Hong nak belanja kami Steamboat mlm ni...

tapi kena jalan sket ke Young Market laaa... haaa Young Market...? ha ah, sebab rata2 orang2 muda je yg datang sini.. pelbagai fesyen ada... feewiit

bila nak sampai ni... berpusing2 dari tadi ni

punyala ramai manusiaaaaaaaaa

akhirnya sampai gak... payah gak nak cari restoran ni... Mr Hong senyum je

mostly sayur dan seafood laaa... sama je cam steamboat kat Malaysia ni, cuma ada umph sket laaaaa

restoran ni dapat pengiktirafan sebagai the best SteamBoat Restoran di Seoul ni.. tgk je pada dua sijil kat dinding tu... dua tahun berturut turut wooooo
aKU: "bila boleh makan ni.. dari tadi boraaakk jeeee..."

akhirnya boleh makan dah.. tengok je la jumlah mangkuk kat atas meja tu....

naaahhh kenyang giler kami... balik tu Mr Hong sesat lak.. punyala jauh dia bawak kami jalan2 di Subway tu nak mencari Plaza Hotel.. muahahahahahhahaaaaaaa

fuuhh sampai gak kat Hotel.. tercungap2 aku ngan Abg Kamal... kalau ikut jalan atas dekat je, tapi sebabkan jalan subway tu berpusing2, tu yg sesat jadinya tu