Tuesday, April 19, 2011

try Hali Davidsen Sportster Wak

Ahad petang, waktu balik dari rumah parents aku, singgah rumah Wak Labeb jap... menjenguk Harley Davidson Sportster 883R Wak.. perghhhh berdentum2 bunyinya... masih lembut dan manja lagi....

Wak lak tak habis2 nyuruh aku mencubanya... aku lak mmg tak penah bawak moto Harley sebelum ni, dan wallaaaaaaaaaa... macam Arnold Susahnakeja daaa... control macho je sambil bawak Harley tu pusing2 blok perumahan tu...

amacam..? ada gaya tak...? moto orang beb... tumpang merasa je...

mula2 bawak keluar dari rumah Wak, aku yg dah biasa dengan cara half clutch terus je la mencuba.. hasilnya moto ni semacam jerking... kedepan dan kebelakang aku waktu tarik dan masuk gear tu... heran gak, apesal kelam kabut ni... dan spontan aku terfikir, mungkin ni easy rider, so kena buat cara orang malas naik moto la kotnya...

dan aku tukar cara aku masuk gear, dengan buat satu2 iaitu tarik clutch, masuk gear dan lepas clutch, serta pulas throttle dengan malas dan lembut jeeee.. haaaa barula smooth pergerakan moto ni.. takde kelam kabut dah...

laaaaaaaaaaaaa

haaaa ni la proud ownernya.. Wak Labeb atau Jemmy Jo... dah lama dah Wak ngidam moto ni.. akhirnya tercapai gak hajat...