Tuesday, April 5, 2011

Korea Trip.Day 2

hari ke-2 di Korea. sebelum tu meh aku cerita kecanggihan Hotel Plaza Seoul ni... Hotel ni boleh kata RFID sepenuhnya.. daftar masuk je dapat kad bilik.. bilik aku di tingkat 8...

nak masuk bilik, imbas je kad RFID tu

dah imbas kad RFID, pintu bilik terbuka

nak naik lif pun kena imbas kat RFID gak... dah imbas baru boleh tekan tingkat dimana bilik kita berada.. nak tekan tingkat lain tak boleh kecuali tingkat 3, 2 dan Lobby (utk Business)

2 pagi aku di sini, sarapan mmg aku belasah cukup2... semua dah cover dlm caj bilik... fav aku ikan salmon fresh tu... ada lak seaweeds, telur, campuran sayur dan seafoods dan cendawan...

sementara Abg Kamal, caca merba.. semua rasa...

En Halim pun sama... "ambik je la apa yg ada Shah.. janji kenyang.."
The Day... hari ni adalah hari dimana Syarikat tempat aku bekerja Senstech Sdn Bhd akan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan sebuah Syarikat RFID di Korea, Ceyon Ltd... Alhamdulillah... semoga kami akan mendapat manafaat yg berguna dari Syarikat ini...

event tu berlangsung di Ballroom, Letto Hotel, Seoul, Korea... utk aku, mmg aku sibuk keluar masuk di Seketariat MIDA di aras 3 laaa... kena settlekan nama2 yg nak masuk event ni, kena settlekan teks ucapan pengerusi majlis utk bahagian Senstech, kena settlekan itu ini, macam2 lagi laaa... membantu En Halim pun ye gak.... penat sangat2 tapi enjoyable... satu pengalaman baru weh


bilik seketariat

"ramainya Businessman dari Malaysia dan Korea"... first time aku involve dlm event begini..." event bermula dalam jam 2:30 pm, tapi jam 1:30pm kami dah kena masuk dlm dewan utama dah utk dry run dulu.... event berakhir dlm jam 5 ptg...

mlm tu pula kami dibawa ke Official Dinner di salah satu pusat kebudayaan traditional Korea di Bandar Seoul ini

memang Traditional pun

nak ke tempat makan pun kena panjat tangga baru yg dibuat berselang seli

menarik

sajian disaji oleh pelayan yg memakai pakaian traditional Korea

Paymaster lak memerhatikan Menu.. Cayalah

Course pertama...

campuran sayur dan abalon dan cendawan atas semacam lempeng

lepas tu kena lipat cenggini dan cicah kuah dan ngap.. yummyyy

ni lak ada telur ikan dan rumpair laut

sayur je nie.. sikit bebenor... 3 kali kunyah dah habis dah.. hisshh

ni pun sayur.. tomato Korea, timun Korea dan sayur apa ntah.. semua Korea lah

Salmon, sotong, sayur dan lemon

semacam kuih tepung tu.. alaaaaa macam kuih badak berendam kat sini

fav aku, sotong dan semacam kupang... sedap woooo.. nasib baik tak boleh minta lagi...

yg gelap tu soya bean bakar... macam daging je.. yg kanan tu sejenis sotong lagi...

nasi Jepun... sikit giler

sup ketam... ditambah sayur semacam kobis banyak utk bezakan dgn sup ketam Jepun yg 3 kali sedap

sejenis rumpair laut dgn sayur

sayur ni selalu wife aku masak kat rumah.. muahahahaaaaaaaaa

sejenia rumpair laut lagi

belah kanan tu kuih.. yg gelap tu semacam dodol ada kacang dalamnya... lagi dua tu semacam manisan... sup tu sup biasa je...

dan the famous Korean Kimchi.. aku tak berapa suka dengan rasa Kimchi ni.. jenuh aku nak habiskannya.. elok habis je aku ingatkan dah lega, rupanya diorang tambah lagi.. waaaaaaaaaaaaaaa

lepas makan, kami di bawa ke pertunjukkan kebudayaan Korea di bangunan sebelah... pertunjukkan selama 40 minit yg penuh warna warni, bising dan tarian... cukup mempesonakan... untuk aku, perut pun dah kenyang, dua kali aku tertidur... muahahahahahhahaaaaaaaaaaaa

malam tu lepas sampai hotel, aku ambil kesempatan ke satu kedai di subway sebelah Hotel Plaza tu utk beli fridge magnet sebagai cenderahati buat saudara dan sahabat di Malaysia