Monday, February 27, 2012

BBB.Hash.Tasik Biru

26 February, 2012
KLMBH Tasik Biru Hash

Hah, Tasik Biru..? mmg ON laaaa.. dekat je dengan rumah plus scenarynya confirm best… Ladang Kelapa Sawit..
Makanya pagi tu, aku sorang2 je berkayuh dari rumah ke Tasik Biru.. dah tanya dgn geng, tapi takde sorang pun yang berminat nak kayuh ke Tasik Biru… dengan releks dan takde rushing aku ikut jln biasa laaa, Desa Puteri ke Kundang ke Tasik Biru… sempat singgah kejap di gerai Roti Canai femes, tapi takde tempat lak… makanya aku terus je la ke Registration Counter… no 123.. terbaek…


Aboi dan Chuku pun baru sampai lepas aku dah Register… lama dah tak kayuh Chuku ni sejak menikah… Susah dapat lesen agaknya la tu… helmet pun boleh lupa bawak… SAH

Langgark pun sampai lepas tu…

“nanti lori Abang ni nak keluar ya Dik… tolong alihkan kereta ya..”

Dalam hati: “laaaa, yang Abang Lori ni pi parking lori dia melintang kat tempat parking kereta, kenapa..…?”

Abang dengan Adik bermesra sebelum kayuhan… bersandar pada Lori yang dimaksudkan…

Sedang menunggu Lish tiba… kayuh bersama..

Sessi briefing di trailhead oleh Master Huang Ying How…
Ramai gak kaki kaki Hash datang pagi ni…

Hash ni memang ada peminatnya sendiri…

BC Kelolo, macam biasa confirm hadir
Tok Abu di kalangan BBBers
Volunteer jadi sweeper long pagi tu

“nak ikut long ke scenic…?”

“Scenic dan Long both to follow this long paper ya…”

aKU: “nko jangan nak mengada2 nak ikut Scenic Chuku.. penat dah aku kayuh dari rumah ni nko nak ajak aku ikut Scenic..?”

Chuku: “alaaa Chai, aku dah lama tak kayuh nie… nanti aku krem nanti… tapi takpa, aku ada bawak Choki Choki.. nko nak tak Chai..?”
Makanya kami pun berkayuh pagi tu.. route yg Hwang pilih mmg best… Chuku yg tadinya sibuk nak ikut aku, la la hilang ntah ke mana… tinggal aku bersama Langgark dan Lish… macam biasa, kalau kayuh Hash ni, aku mmg dah biasa berkayuh dengan Lish.. dah macam adik beradik orang cakap tu…


Lish, mantap macam biasa

Tau2 Chuku ada.. “eh, bilamasa Chuku sampai sini.. bukan tadi dah hilang kat depan ke..?”

Chuku: “alaaa Chai, jangan la cam tu Chai… nasib baik sempat sorok rokok ni dlm beg sebelum ambil gambar… fuuhhh selamat”

Gajus Slamber @ Mie: “mana diorang ni… lama dah aku tunggu ni… ke dah lepas kedepan..?”

Scenic ikut sini.. ada lagi 7 km to go

Long ikut sini.. ada lagi 14 km to go

Long atau Scenic tak yah citer.. yg penting tau2 aKU, Lish dan Langgark dah sampai gerai air kelapa muda…

Terbaekkkkk kata BoBoi Boy

Tengok saja makanan atas meja kami, baru tahu Scenic ke Long…

di kawasan perumahan tu la tempat bermula Hash ni… selalu aku lalu je situ, tak pernah singgah pun… hari ni aku baru tahu ada banyak rumah kat situ rupanya.. muahahhaaaaaa

Sunday, February 19, 2012

FAMILY.News.Balqis Kindergarthen Maulidur Rasul and Kenduri Do'a Selamat

19 February, 2012
Pagi ni ada sambutan Maulidur Rasul dan Kenduri Do’a Selamat bersempena 10 tahun operasi Tadika Balqis….
Alhamdulillah dan Tahniah buat Tadika Balqis..


Macam biasa awal pagi lagi dah ready dah bebudak nie… yang paling semangat di Arif la, sebab Tadika tempat dia belajar…

Wah, siap ada khemah lagi… belum ramai yg dah sampai.. maklumlah pagi ni hujan renyai2 sikit…

Kaum ibu dan anak2 dah ramai dah

Eh, tu Iman dan Arif tu…

Uncle Yeop pun ada.. siap berbaju melayu kaler Pink lagi… awww

Hadirin semakin ramai.. Alhamdulillah

“masuk masuk.. dalam ni banyak kosong lagi ni…”

Iman nak main dengan Abang, tapi Abah tak bagi…

Abang lak sudah kena warning untuk duduk diam diam, gara2 melayan rakan yg tak reti nak duduk diam.. heran tul aku

Orang semua duduk releks, budak sorang ni masih dok telompat2 mengacah bebudak utk sama2 join dia.. yang herannya, bapaknya releks je, takde nak suruh anak tu duduk ke.. Haji Jamil sebelah aku dah bising2 dah…

“budak2 zaman sekarang ni memang lain aktifnya kan..”

“tengok tu, saya pun heran.. bapaknya buat tak tahu je..”

“Hah, dah duduk dah dia.. kejap je tuuu….”

Hmmmmm

Marhaban ya Rasulullah saw

Bersama bersalawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad saw

Arif: “waaah, sedap jugak suara Atok ni…”

Asri x-UUM pun hadir.. Cayalah

Uncle Yeop: “cepat Shah, tinggal kita nanti..mana pulak anak2 aku ni.. owwh dah depan dah diorang…”

Iman: “apesal Abah ni jalan pelan pelan je dengan Mama..?”

OK dah nak sampai… lepas ni boleh makan… ada Nasi Dagang, Pulut Kuning, Mee Kari dan banyak jenis kuih laaaa…

Alamak, kenduri Do’a Selamat dulu beb

Alhamdulillah, selesai sudah

Makan timeeeeeeeeeeeeeeee

Saturday, February 18, 2012

BNG.TT.Gath di Sentul

18 February, 2012
Ahaaaahhh.. Dah lama tidak mengeTEH bersama sahabat2 BNG nie
Lama betul… hinggalah minggu lepas Amin bertanya.. terus aku ON…
Tempat biasa, Restoran apa nama ntah, dah selalu ngeTEH kat sini pun tak perasan nama restorannya
Berdepan dengan deretan kedai moto di Sentul nun

Pagi tu hujan sedikit sedikit di beberapa kawasan
Aku teruskan juga ke Sentul, sebab nak berjumpa dengan Geng2 Moto
Diorang ni dah macam adik beradik dah… sejak 1996 lagi dah bersama
Mmg best.. Terbaek la BNG

Yg muncul
Khairul Amin
Mat Yeng
Sifu Sham
Pok Lehud
Ameng
Pijoe
dan aKU laaa

macam biasa bila dah jumpa tum mg macam2 cerita la keluar
antara intipatinya:
“aku beli Ikan Bilis di Danok RM9 je sekilo”
“koman2 nko save RM100 beb…”
“aku tengok plet Malaysia je yg banyak kat Danok tu bila menjelang malam..”
“eh, moto aku mana boleh masuk KL….”
“aku lepas ni nak mod ZZR aku tu guna undertail ZX6R punya ekjos pula..”
“nko kalau datang sini, confirm lepas ni samaada ada kenduri atau kena betulkan wiring surau kat rumah nko…”

Dan macam2 lagi laa… mmg best


Ameng: “apesal lak dengan Pok Lehud nie”
Pok Lehud: “jangan ambil gambar aku, nanti bini aku tau aku kemana pagi nie..”

Sifu: “apabila aku pasang ekjos ZX6R tu nanti.. bla bla bla..”

Mat Yeng: “biaq betul Sifu ni nak masukkan ekjos moto aku tu kat ZZR dia… “

Pijoe: “amacam..? ada gaya **** Danok tak..?”

Amin: “aku pun tak tahu la mana Abg Serious pergi Shah… kalau difikirkan, boleh migrain…”

“dah la Amin, toksah fikirkan pasal mana perginya Abg Serious tu.. kita fikirkan Mits GT dah jadi Inspira tu lagi bagus..”
Habis minum2 dah jam 1:15 tgh hari… kami pun bergegas pulang… tapi aKU, Pijoe dan Mat Yeng ke GIVI kejap… nak beli baju hujan katanya


Pijoe: “amacam..? ada gaya model GIVI tak…”

Mat Yeng: “apesal aku Nampak tak smart kat cermin GIVI ni…?”

“kena minta royalty kat GIVI ni..”




Friday, February 17, 2012

SHARE.Info.Apa sebenarnya terjadi di Syria

Artikel ini aKU petik dari laman web MyIbrah
Satu info yg aku rasa berminat untuk aku kongsi dengan semua
Satu fakta berkenaan Syria
Apa yg jadi di Syria sebenarnya..?
Kenapa berlaku pemberontakan teruk..?


Bacalah dan anda akan faham “kenapa”

Sedikit sedutan dan berita di Syria.
Oleh: Muhammad Nur Aufa

Sangat jarang kita dengar perkara yang sebenarnya berlaku di sana sekarang. Semoga rakyat Syria yang berjuang syahid di jalan Allah. Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.


PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH
# Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
# 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
# Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital
   tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
# 9000 tahanan ditahan.
# 413 orang telah syahid di dalam penjara.
# Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan
   abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
# Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah
   ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas
   beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
   plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
# Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
# Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
# Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk
   membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum
   keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada
   kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..
   Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh
   sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

”Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”: hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU.
# Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang
   terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo
   kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya
   sendiri.
# Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap
   rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara
   yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana
   pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran
   merupakan negara Syiah.
# Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan
   yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
# 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
# 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.


KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
# Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar
   bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
# Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
   Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
# Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu
   berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan
   bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku
   sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain
   mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
# Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria
   bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak
   satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah
   dikuasai oleh Israel.
# Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad.
   Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan
   video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk
   merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian
   rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan
   Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan
   dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
# Mendoakan saudara kita di Syria
# Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
# Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI, dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim”

Kalam Saidina Ali KWJ; 
“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 :
“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”


(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Sumber: Sham Kamikaze Facebook

Wednesday, February 15, 2012

KERJA.Kulitkraf

15 February, 2012
Pagi tadi, projek POC di Kulitkraf berakhir.. selepas hamper 3 bulan Sistem di Kulitkraf ini berjalan, berusaha untuk menunjukkan hasilnya, Alhamdulillah boleh dianggap satu kejayaan. Tahniah untuk Ghafur, Suria dan Nurfatimah.. Cayalah nkorang


3 stoges Kulitkraf…
Ghafur untuk Handheld dan Network
NutFatimah as Main Developer Sistem ini
Suria utk Web Reporting

Cemerlang

PIC utk Project ini.. Shaibi

Kalau jumpa kamera mmg asyik

Macam biasa, dgn Abg Kamal
Barula aku Nampak kurus.. muahahhaaaaaaa

Ghafur at Work

Serious betul