Wednesday, February 8, 2012

IMPAK3.News.Kenduri Abg Khalid

6 Feb, 2012
Isnin lepas, belah petang Abg Khalid menjemput “geng2 lama” IMPAK3 untuk hadir ke Kenduri Kesyukuran dan Do’a Selamat di rumahnya bagi kesejahteraan dan kesyukuran Anak Abg Khalid yg telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran Tingkatan 1 di MRSM Langkawi.. Alhamdulillah… Semoga anak Abg Khalid menjadi seorang yg Berjaya dan Berguna pada Masyarakat, Agama, Negara dan Keluarga.. Insya-Allah


Abg Khalid yg sentiasa ceria dan happy je…

Ramai juga yg hadir, terutama “geng2 lama” IMPAK3… maksudnya sahabat2 yg awal berpindah di Blok 3 ni dan yg sama2 bersusah payah dlm setiap aktiviti kemasyarakatan di Blok 3 ni terutama sekali dlm penyertaan Rukun Tetangga…

Yang menariknya, hidangan Nasi Ambeng.. orang Jawa beb… mmg terliur si Arif melihatnya… jenuh aku terangkan kandungan Nasi Ambeng ni…

Hasilnya, si Arif yg banyak habiskan bahagian aku.. cayalah Arif…

“uhhh, sedapnya Abaaahhh… nanti boleh suruh Mama buat macam ni yaa… boleh kita makan ramai2 di rumah…”

Amacam Mi, boleh..?