Sunday, February 12, 2012

BBB.News.Trek 8500 Langgark

10 February, 2012
Sabtu lepas aktiviti yg dah lama BBB tak buat kembali aktif…
Dismantle dan Semantle beskal BARU
Hah, kali ni ada frame baru
Trek 8500 kepunyaan Langgark
Mmg cun

Dulu BBB memang aktif dgn aktiviti menggodek beskal ni.. boleh kata tiap2 bulan confirm kami akan berkumpul di rumah Tok G utk samaada memasang barang2 upgrade beskal, salin frame, tukar itu ini, ngetest beskal baru atau merepair kerosakan… dan biasanya minum di restoran laa….

Tapi tu la, sejak penghujung 2009, BBB dah makin slow… yg masih berkayuh boleh dikira…. Dari MTB sahaja dah termasuk Road dah sekarang ni…. Sesekali baru boleh cecah 10 orang berkayuh.. biasa antara 2 ke 6 orang sahaja… Apepun aKU bersyukur sebab BBB masih seperti satu keluarga.. ikatan persaudaraan jelas terpancar.. walau tak berjumpa di trail MTB, kadang2 tu bantuan dihulurkan di atas jalanraya, di rumah, dimana mana saja… dah macam adik beradik dah.. isshhh apa aku melalut ni..

OK back to story


Amacam…?
Frame Trek 8500 Langgark, warna merah hitam putih.. mmg cun… barang2 transfer dari Spesh Rockhopper… dah “tua” dah nampaknya frame Spesh tu… kesian…

Komponen yg “baru” tu yg kat depan tu, warna putih.. Rockshox SID RCT3 beb… 100mm… level kedua selepas SID XX World Cup… ringan nak mampus… ikutkan spec dlm kertasnya hanya 1330kg je.. fuuhhh… marvelus…

Integrated BB beb… kata lain BB yg beli tu simpan je laaa… owh, lupa lak, crank pun “baru”.. Shimano Deore XT triple crank.

Langgark: “aku dah cuba tahan dah Chai, tapi gagal.. terjebak juga aku…”

Abg Jep, Long Kelawar, Tok Ngulu, Man75, Tok G pun ada memeriahkan aktiviti “melihat” mlm tu

Macam biasa, bila dah sangkut, the Master Tok G la kena panggil membantu.. dan kejap je dah settle

“eh, mana frame Spesh tu..?”

Dah macam berkelah tepi laut dah… muahahhaaaaaaaa

Dah nak siap dah

Alhamdulillah, akhirnya dlm jam 1:05 pagi baru siap… lama betul nak bersalin framenya… maklumlah dah lama tak buat kerja2 ni… ditambah dengan borak dan gelak… kejap kerja kejap borak, mana nak cepat siap…


Apepun, Tahniah Bro Langgark… bak kata Chip: “aku rasa kita kena upgrade sesuatu la kat beskal kita.. dengan carat u, kita akan mula berkayuh balik… ni asal tengok beskal, yg tu gak dari dulu…” muahahaaaaaaaa

Ada kebenarannya gak kata2 Chip nie..