Wednesday, February 8, 2012

BBB.Rides.Kayuhan Maulidur Rasul anjuran Ya'afur Bikers

5 Feb, 2012
Bila cuit panjang, jawabnya BBB jadi muram
Dok SMS dekat 15 orang, yg reply nak kayuh Cuma Abg Jep, Tok Ngulu, dan Abg Samudera
Yg lain samaada reply balik outstation atau sunyi sepi…
Takpe laaa… janji masih ada yg nak kayuh

Makanya pagi tu, aku yg terlewat bgn terus bergegas ke rumah Abg Jep bersiap
Rupanya Abg Jep pun terlewat bangun gak……

Sampai2 rumah Abg Jep, “Tok Penghulu mana..?” tanya aku
“cuba call dia..” jawab Abg Jep
Naaahh, rupanya Tok Penghulu pun terlewat bangun gak
“awak pergi dulu la Chai, nanti ana menyusul..” bingkas Tok Ngulu memberi cadangan


Sampai2 di pondok Ya’afur Bikers di Blok 26a (rasanya) dah ramai yg menunggu.. ikutkan kata Abg Joe masa aku call pagi tadi, tayar golek jam 8:30 pagi… cun laaaaa

Terus ke meja pendaftaran, bayar RM15 seorang, dapat tag utk dilekatkan pada beskal dan ada Sarapan Pagi dan Makan Tengahari beb… Cayalah Ya’afur.. mmg cemerlang

Abg Joe, Kepten (bertopi Koboi), Bro Mael, Bro Pian semua dah ready as Marshal Ya’afur

Zazhar pun jadi Marshal Ya’afur pagi ni.. as sweeper.. Cemerlang

Bro Samudera pula tgh semangat giler tu.. pakai bedak sampai putih je muka… ceria lak tu… aku bau bau, bedak bau Cuticura laaa.. muahahahhaaaaaaa

Kepten Ya’afur… ramah jangan cerita laaa… sapa yg tak kenal mmg rugi beb

Aik, Teacher Shah Balqis Kindergarthen pun ada… best bestttt

ARB Bikers mmg sentiasa memberikan sokongan pada aktiviti berbasikal di BTP ni.. Cayalah ARB.. dan semua rider power power beb…

“dah boleh mula taklimat ni… mana pulak perginya kuda aku ni… owwhhh, tu dia… kuda ku lari gagah beraniiiii”

Pengerusi Majlis sedang memberikan taklimat kayuhan di sertai Ustaz membacakan Do’a.. Alhamdulillah.. semoga kayuhan pagi ni diberkati, Insya-Allah

Bak kata Pengerusi Majlis “kalau kita Google di Internet utk Kayuhan Maulidur Rasul ni, hanya nama Ya’afur Bikers sahaja yg keluar…”

Sekali lagi Tahniah utk Ya’afur Bikers
Kayuhan pagi ni dimulakan dengan berkayuh beramai2 mengikuti kereta Marshal di sekitar Green Valley Park sambil berselawat memuji junjungan kita Nabi Muhammad saw. Half Way ada yg dah tercungap2 dah.. memang kelakar…


Permulaan kayuhan dah kena climb jln tar… dan tiba di trailhead offroad.. di situ ada pisang dan air utk dibelasah…

Tengok je pada camerawoman Ya’afur ni… segala angle dia ambil.. cayalah

Chip ARB… dikatakan meminjam seluar trek anak utk kayuhan pagi ni semata2 nak tutup aurat.. muahahahhaaaaaa

“ada lagi ke pisang ni….”
Seterusnya kami disajikan dengan single trail naik dan turun yg cukup mengujakan… best beb… dengan canopynya… layaannnnn..

Sehinggalah tiba2 “waaaaaaaaaaaaahhhh, sayupnya mata melihat rider kat atas tu….”
Kami disajikan dengan Bukit berumput yg boleh tahan curamnya… apalagos, MTB la aku… mana larat beb dengan beskal berat aku tu…

Kemudiannya melalui sebuah lagi bukit yg cukup menarik…

Dan seterusnya memasuki single trail kembali hinggalah melalui satu kawasan downhill berbatu semacam Rock garden di Flinstone dan Rock Garden Kiara tu… batu2 besar dan loose beb…


Hinggalah tiba ke CP2 di persimpangan Kolam Pancing Kota Puteri nak ke Batu Arang…

Ustaz: “dah sampai ke semua ni…? Apesal nampak macam tinggal sikit je rider ni.. tadi masa start ramai rasanya…”

“owwhh, tu pasal kami yg pakai jersi ni tak kayuh Ustaz… tu yg Ustaz ingat ramai pengayuh pagi ni.. kalau kami yg perempuan ni kayuh, sapa nak masak dan jaga meja pendaftaran… maka kami bagi la can pada suami suami kami kayuh pagi ni… mlm kang diorang kena basuh segala periuk belanga laaaa…”

Abg Mael: “alamak, aku kena basuh periuk ke malam ni…? kena ajak Kepten keluar ni.. cari alasan sket…”

“aku tadi panjat bukit tu tak sampai2… jalan dua ke tiga langkah tengok atas tak sampai2 lagi.. fuuhhhh”

“aku lak menolak beskal aku macam ni…”

“kami pula tengok rider kat atas tu macam ni.. sayuuupppp..”

Teacher Shah: “laaaa nkorang menolak ke… apesal aku tak rasa apa2 pun tadi…”

Pian: “tu pasal Teacher Shah tengah sibuk menghafal sifir 12 tu…”

Tok Ngulu: “jangan risau Chai.. saya takkan kayuh kuat2 lagi dah.. kena rest cukup2 ni… esok nak kayuh mana yaaa…?”
Dan berakhir di Pondok Ya’afur balik lebih kurang jam 11:00 pagi…

Jamuan tengahari pun disediakan.. cukup lazat dan menyelarakan…


Zaly ARB: “apesal nko tak layan bukit rumput tu 5 kali Lim..?”

Azlim: “mana nak layannya sampai 5 kali, baru 3 kali rider semua dah habis dah… kena la follow”

Chip ARB: “jangan risau Chai.. kejap lagi saya balik, saya pulangkan la seluar trek anak saya ni…”

Haaaa, antara juadah yg disediakan… mmg lazat
Tahniah buat Ya’afur Bikers utk anjuran kayuhan Maulidur Rasul ni… cukup unik, trail yg lazat dan best dan tak nyiksakan…
Tahniah sekali lagi.. boleh jadikan kayuhan ini satu aktiviti tahunan…