Sunday, January 23, 2011

ALAN dah siap

waaaaaaaaahhh, akhirnya siap gak road bike ke-2 aku
ada kisah disebaliknya. Ringkasnya cam nie

Asalnya frame ni Abg Jep punya, dan dijual pada seorang rakan BBB. Bila rakan BBB tu dah tak bayar bayar, makanya aku ditugaskan oleh Abg Jep utk ambil frame ni balik dan simpan kat rumah aku lak sementara tunggu rakan BBB ni membuat bayaran.. Makanya bayaran yg ditunggu tunggu tak dapat2, sampaila satu waktu... hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... akhirnya Wife aku bising suruh pulangkan frame ni kat Abg Jep balik... buat menyemak je katanya...

dan datang la idea aku dan Abg Jep utk buat "Road Bike Wakaf..".. ha ah, satu Road Bike yg sapa2 boleh pinjam dan bawak hanya utk merasa penangan Road Bike... bila tengok2, yg datang sekali dengan frame tu ialah:
* Seat Post
* Stem
* DuraAve Threaded Headset
* DuraAce BB...


dan barang2 tinggalan Proton T-Sprint aku dulu yg masih ada ialah:

* RD Sora
* FD Sora
* Cassette 8 Speed Sora
* Rantai DuraAce
* Crank Sora
* Shifter
* Brake Sora
* Handlebar
* Stem
* meter Cateye Wireless

kecuali Wheelset, tiub dan taya... mmmmm "kita tanya kat geng kita kot ada sapa2 nak sedekahkan wheelset diorang murah2.." untuk info, frame ni brand Alan, keluaran Italy, saiz XS (mmg kecik laaa)

makanya aku pun mulakannya aktiviti memasang barang2 ni kat beskal tu.. bila nak test setup je, aku akan pinjam wheelset Shimano R500 Aboi dan cuba.. lepas cuba pulangkan... mmg puas hati la..... boleh kata tiap kali aku test setting, aku dapat rasa keserasian basikal tu dgn aku.. makin aku test makin best lak kayuh beskal beskal ni... yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk mencari wheelset sendiri dan membeli tiub dan taya sendiri... Alhamdulillah ada seorang hamba Allah di Cheras nak jual Wheelset terpakai Alexrim Race28.. tros aku sambar... lepas tu beli tiub dan taya...

dan wallaaaaa, sudah siap..


Alhamdulillah Syukur.. esok boleh test panjat Menara lagi...