Friday, January 21, 2011

BBBRides.Kundang

"dah lama kita tak ride lebih 10 orang kan..?" - Lish

berkat kata2 Lish ni, bersempena Thaipusam 20 Jan semalam, aku mencadangkan satu ride di LTM utk pusing2 menjejaki teres2 lama BBB, teres 2, teres 2a, 2b dan teres 3 diadakan... hasilnya 10 riders BBB menyahut cabaran ni.. Alhamdulillah, termakbul gak do'a Lish utk rider 10 orang atau lebih.. best besstt

cam biasa, tempat berkumpul di simpang blok 4 laaa..

sampai2 pagi ni Aboi, Chuku, Chip, Shuq dah sampai


seketika Abg 'Ad aka Langgark dengan Shukur pula tiba.. Shukur ni member sekampung Langgar dari Country Homes... kemain happy Langgark dapat kayuh dengan orang kampung


Mat Kecoh @ Buding pun ada.. mmg dah jangka ride ni akan jadi best la dengan kerenah Buding ni


"mana Tok Ngulu ni...?" Lish, GPS hidup kami di LTM ni.. selepas Abg Hashim dan Chiko retire ni, Lish la penggantinya.. Chip pun dah ingat2 lupa dah


kesian beskal Scott ni.. lama tul diamnya kat rumah Shuq tu... sampaikan saddle pun dah bergerak kebelakang dengan sendirinya


seketika Tok Ngulu pun sampai.. rupanya wife Tok Ngulu tolong tow Tok Ngulu dari rumah tadi sebab rantai Tok Ngulu putus... dan kat entry offroad kat simpang blok 6 tu, ntah cammana citernya, dek nak bermanja2 gak, wife Tok Ngulu terjatuh sket.. kesian wife Tok Ngulu.... sampai2 terus tolong Tok Ngulu tukar rantai beskal dia tu.. nah KMC X9SL Silver.. ringan beb.. RM180 kalau tak silap.. fuuhhhh


selesai memasang rantai baru Tok Ngulu, cam biasa, trailhead Blok 4 la kami tuju... melalui terowong melintas heway, kami terus menuju ke Teres 2... keadaan di teres 2 memang menyedihkan.. trail utk memanjat ke trailhead teres 2 pun dah lenyap.. penuh rumput je... di trailhead teres 2 pun dah tak nampak laluannya... ingat2 lupa je

"sini la Aboi trailnya..."


"bukan, kat sini laaa.."


sebabkan dah lama tak layan teres 2, kami pun dah hampir lupa dah laluannya.. mana taknya biasa kami lalu cam ni


tu yang tak ingat2 tu... laju sangat... muahahahaaaaa
lepas melihat2, aku, Aboi, Tok Ngulu dan Shuq terus ke tempat rehat biasa...

"laaa, aku ingatkan nkorang terus panjat ke Teres 2A.." jerit Lish


"jap lagi la Lish, rehat jap kat sini.. lama dah tak lepak kat sini.." balas aku

kelihatan Mentor (Buding) berbisik sesuatu dengan Protegenya (Chip)


sementara Tok Ngulu, cuba memujuk wife yg dah merajuk tak nak tolong tolak dia dengan beskal lagi..


geng kamera lak, cam biasa laa.. nampak je pelik2 mmg dikerumunnya..


"cem ni ha cara snap dengan menggunakan kamera snap & shot ni..." Chuku mengajar


"OK OK, jom jom.." jerit Lish... terus semua cakap beskal dan folo belakang Lish yg mendahului kami... kayuh punya kayuh punya kayuh dan kami pun lalu di pembahagi antara teres 2a dan 2b... "eh, nkorang tak pergi teres 2a ke.." jerit Lish... muahahahhaaaaaa rupanya semua yg nak ke teres 2a, ingatkan Lish nak bawak kami ke teres 2a ikut jln lain.. tu yg semua ikut je belakang Lish macam anak itik dlm citer Donald Duck tu.. muahahhaaaa memang kelakar... "laaa, dah sampai sini, mmg malas la nak panjat balik Lish..."

sebelum sampai teres 3, rupanya dah dipasang pagar.. dah tak boleh lalu dah, sebab jalan di depan dah takde, mungkin utk bg laluan pada heway yg sedang dibina tu.. "patah balik, patah balik


"habis tu kita nak ikut mana ni...?" jerit Chuku


"nko tengok aku jalan ni Chai. ada macam Sully dlm Monster Inc tu tak.."


"dah dah Ding... nko jalan cam tu buat aku teringatkan Chicken Little je.. muahahahahahaaaaa.."


"OK, cari jalan cepat, kita nak turun kat bawah tu..." jerit Lish memberikan arahan
makan kami pun melelong lelong la mencari jalan utk sampai ke bawah.. redah je la mana yg patut...


bersama2 saling membantu.. semangat BBB.. mmg best


"fuuhh, penat gak yaa turun teres ni.. ana ingatkan panjat teres je yg penat... lama dah kita tak buat lagu ni..Giant ni pun dah lama benar dah.. It's time to upgrade frame ni... Anthem ke, Trance ke... tak pun ana bawak je la roadbike tu kayuh dlm hutan ni kang"


"OK OK, jom jom, kita ikut bawah ni lak... kita nak ke mana nie.." jerit Lish...
"jom Lish, kita ke Kundang la layan air kelapa..."
"OK set.."

kami pun melalui denai2 celahan pokok menyajikan single trail yg mengasyikkan.. "laluan ni Lish je yg tahu nie.."... selang 5 set laluan single trail celahan pokok ni, kami berhenti berehat kejap melepaskan penat...


"ooooookkk stop jap.. makan pisang.. lapar dah nie.." jerit Buding


"bila nak sampai Kundang ni..? aku dah lapar dah nie.." - Chip


"alaaa Chip.. belasah je pisang ni dulu.... nanti sampai Kundang nko cari la nasi lemak telur double..." jerit Lish
"eh, apesal ada bau taik kucing kat beskal ana ni..?" bisik Tok Ngulu




"laaaa bau taik kucing apanya, bau angin taya belakang ambo rupanya... bocor lak dah.."
"haaa, tolong pegang ye Ding"
"cepat Tok... slow la Tok Ngulu ni... "




"haaaa cam ni la caranya nak cepat tukar tiub"


"apesal tiub beskal Tok Ngulu ni cam tiub road bike je..?" - Chuku


"fuuuhhh, mmg Pro betul ni.. kejap je dah tanggal taya tu dah"


Alhamdulillah, settle. dan kami pun meneruskan kayuhan melaui celah2 pepohon kelapa sawit.. single trail mmg mengasyikkan...
melepasi titi kecil utk ke laluan seterusnya, taya Tok Ngulu pancit lagi... "kali ni takde tiub dah.. kita guna patch yaa..."




Aboi: "nkorang tengok la tu Chip dengan Muda... dekat2 pun nak cakap guna hp... betapa dasyatnya teknologi la ni."
Langgark: "wuuhhh, kalau la aku dapat beskal ni buat kayuh petang2..."
Chuku: "nah Tok.. guna je pump CB saya ni.. walaupun lambat penuh anginnya, tapi lembut pada tiub..."
Bro Shukri: "cammana beskal ni boleh berdesup time turun tadi... hisshhh"


Tok Ngulu: "haaa ni cara pump taya yg betul yaa... kaki kasi kapit kiri dan kanan.. lepas tu pump laaa"
Buding: "apasal lambat tul kerasnya ni Tok... opsss "


laaaaaaa patutla Chip power kayuh hari ni.. tgk je la apa yg Chip minum tu.. muahahahaaa


hah, Lish buat apa tuuuuuuuuu




Chip: "wah, macam best je utk basuh beskal ni.."
Buding: "Bersih ke air dia ni Chip.."
Chip: "bersih la Ding.. nko ada nampak pasir dlm sungai tu kan.."
Chuku: "jap, aku ambil gambar... lepas tu aku zoom, kalau nampak ok laaa"


"eh apa tu...? alamak, kulit ular tedung laaa..."


Buding: "eh, beskal nko ni tak karat ke masuk terus dlm air ni Chip..?"


Buding: "nko tengok ni.. tadi beskal Tok Ngulu pancit, aku kena pegang, ni Chip basuh beskal, aku gak yg kena pegang ni.."


Lish: "apa aje la si Buding ngan Chip ni buat ni... "
Aboi: "Aku takut diorang terus berendam je kang Lish...."


selepas seketika, semua dah ready to ride balik... harap2 taya Tok Ngulu tak pancit lagi laaaa
masuk2 jalan tar di kebun rumah arwah bapak Chip, dipertengahan jalan ke Kundang, kelihatan taya belakang beskal Aboi pula mengalami bengkak... kekurangan angin.. biasalah taya Kenda Nevegal.. lumrah.. dah ramai kena dah terutama dibahagian side wall taya tu yg ntah apesal akan mengalami kesan seakan digesel dan akan mula terkoyak di bahagian pelindung rim... kesian Aboi....

sampai2 di kedai air kelapa muda, tros gotong royong tukar taya belakang ke depan dan sebaliknya untuk beskal Aboi


biasalah, yg memerhati lebih ramai dari yg membuat kerja.. ni semua gara2 amanat Tok Guru Chiko yg mengajar kami utk buat sendiri je.. muahahaaa


"eh, ManLIHAT pun ada..."
Man: "nak buat cammanaaa.. MTB dah takde, aku datang dengan kereta je laaa ya"


ni first time tengok Tok Ngulu makan banyak tul.. macam lepas kayuh 90km lak


suasana gembira selepas menemui jalan ke Kundang selepas jalan ke teres 3 tau2 dah takde


aKU: "Aboi, banyaknya nko minum air botol ni Aboi..."
Aboi: "haaa ye la nko tu Chai... aku nak bau je dulu ni.. sedap ke tak air gas dlm botol kicap ni.."


Abg 'Ad bersama rakan sekampung, Brader Shuk (dua2 dari Langgark, Aloq Setaq), kemain happy lagi


dah makan, minum, kena balik.. haaa.. hari pun dah masuk tengahari.. makanya panas la... macam biasa laluan road ke Kundang dan mengikuti heway LATAR utk ke trailhead blok 4 dipilih utk mempercepatkan kayuhan...

Langgark: "uuuhh, sampai kematu pungkok aku weh folo rider depan yg laju2 ni.."


Shuq: "haaa meh aku ajar nko senaman harimau Chuku... bagus utk orang dha kahwin ni.. mula mula pusing kiri utk pinggang"


Shuq: "lepas tu cuba cium lutut nko lak..."


Chuku: "haaa yang ni saya tahu, Shuq cuba nak cium bebird Chuq kan...? muahahhahahahaaa"


Langgark: "eh, eh, ni awatnya yang kelam kabut ni Tok Ngulu.."


Lish: "aku tunggu Chip tadi, tu yg lambat sket sampai tu.."




kayuhan ke trailhead blok 4 hari tu dah semacam berlumba dah.. Haji Shuq dengan Langgark, Chuku dah jauh kedepan dikejar oleh Tok Ngulu, dan aku yg memang tercungap2 nak ngejor diorang semua ni

Chuku: "fuuhhh, ketar gak la lutut aku nak ngejar Tok Ngulu tadi.."


regroup macam biasa


aKU: "ni ride dah macam takde jantung laa.. orang semua dah separuh pengsan kayuh, dia selamba rock je... hisshhh"


Chuku: "aku Chai, nak pengsan dah nie.. tu yang senyum pun macam kerang busuk je ni.."


barisan pengayuh hari tu... yg takde dlm gambar aKU dan Tok Ngulu


keseluruhannya, kayuhan hari ni memang best.. mana taknya, biasa kayuh takde Lish, kami usaha cari trail.. tapi hari tu Lish ada, semua ikut Lish je laa.. mana Lish pergi, kami ikut.. sampai tergelak2 Lish tengok kami.. muahhaaaaa tros kami panggey Lish, "Life GPS"... perghhhhhhhhhh